Tuesday, September 28, 2010

Gagal Sedut Darah


Semasa bercuti ke German baru-baru ni, sempat jugak kami menjejakkan kaki ke Berlin. Wow.... sangat indahnya bumi Berlin. Ya.... kami pergi hari tu. Sila perhatikan elok-elok pic di atas. Ada saya kan?? Hehehe sangat perasannya tuan rumah kuning. Meracau kononnya bercuti ke German. Sila jangan percaya. Abaikan racauan itu.

Agaknya meracau sebab kegagalan untuk menyedut darah di HUSM pagi tadi. Bukan saya yang nak menyedut darah. Tapi Doktor yang nak sedut darah kat lengan saya tak dapat-dapat. Doktor cucuk banyak-banyak kali tapi tak dapat-dapat jugak. Last sekali, saya cakap tak payah le ambik darah hari ni. Dah sakit.... Doktor tu pun setuju dan cakap sebulan sebelum temujanji akan datang, puan datang le ambik darah. Urat halus sangat, itulah antara alasannya. Ntah...ntah...dia yang tak pandai.....hehehe ampun puan doktor yang sangat lemah lembut itu. Usaha doktor tu memakan masa yang luar biasa lamanya. Cucuk sekali tak dapat. Tukar jarum jenis lain. Cucuk sekali lagi, juga tak dapat. Pindah lengan kiri pulak, tepuk-tepuk, belek-belek, cucuk cucuk tak dapat lagi. Pindah lengan kanan pulak, tak dapat jugak. Yang lucunya, sampai satu ketika, disuruhnya saya duduk di kerusi dia ( kerusi doktor) dan dia duduk di kerusi saya (kerusi pesakit). Sebabnya nak bagi saya selesa. Kerusi doktor kan boleh ditinggi dan boleh direndah. Jagi, lengan saya boleh diletak terlentang atas meja di hadapannya. Hehehe Tapi tak dapat le jugak. Begitulah hidup ini. Kita merancang, Allah yang tentukan. Bertahun-tahun doktor belajar, tapi perkara semudah mengambil darah pun dia gagal melakukannya hari ini. Macam tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Padahal sebelum ni tak pernah pun doktor gagal mengambil darah saya. Sekali cucuk pun dah bersembur darah saya keluar.


Respect ngan doktor tu sebab baik dan lemah lembut sesangat.

Saturday, September 25, 2010

15 Syawal 2010







Terima kasih kpd kanak-kanak ribenna SMK Panji yang sudi datang ke rumah kuning hari ni.



Thursday, September 23, 2010

Jamuan Hariraya 2010

Alhamdulillah meriah. Murid-murid pakai baju raya. Lawa-lawa, kacak-kacak. Setiap kelas, satu meja makanan. Terlalu banyak makanan hingga tak "peghabisan". Meja kelas saya ada nasi ayam, makaroni goreng, meehon goreng, kek coklat 2 biji, kek keladi sebiji, biskut raya, jelly, air. Bayangkan berpuluh-puluh meja dengan makanan yang sangat banyak dari bermacam jenis nasi, mee, kek, puding, roti jala, sate, ketupat, tapai, buah-buahan, macam-macam... letih le nak tulis. Semuanya dikumpulkan dalam satu dewan.

Ada persembahan murid dan guru.

Antara makanan yang dihidangkan

Ini meja ting 2 (tak ingat 2 apa). Siap ada KFC

Ini meja 4F. Mesti ingat sebab ini meja kelas saya. Last sekali, bungkus dan boleh bawa balik. Masing-masing sudah tak larat nak makan.

Monday, September 20, 2010

Sunday, September 19, 2010

Maklum le Dah Habis Tanda Kertas

Boleh le pusing-pusing tepi rumah. Intai semut, cari belalang, skodeng "penggigit pusat". Jangan terpedaya..... Bukan saya yang kejar semut dan rakan-rakan di bawah. Sebenarnya saya terjumpa pic ini di celah-celah pic yang banyak dalam fail en suami.

Ini le dia penggigit pusat. Siapa yang kencing atas tilam, bagi le dia gigit pusat. Konon-kononnya boleh menyelesaikan masalah kencing atas tilam. Masa kecil dulu, ramai yang pernah buat kan...

Beronggeng atas buah mempelam

Comel....Kalau dapat kepada ikan puyu. Ranggup ni. Kalah biskut raya.

OK, nak turun cari biskut raya kejap.
Khamis ni jamuan hariraya peringkat sekolah. Gemuk lagi le...

Wednesday, September 15, 2010

Perjalanan Menghirup Angin Diteruskan Lagi

Yess yess yes dari Merang Suria Resort kami meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu dan singgah di Primula Beach Hotel. Alhamdulillah ada bilik kosong. Jadi, misi beremdam bersambung lagi di sini. Nampak gayanya, niat untuk ke AK tidak kesampaian lagi.


Tuesday, September 14, 2010

Berendam Time

Selepas Ain balik dari sekolah tghari tadi, dah siap makan minum segala, kami bertolak ke negeri jiran. Perjalanan hanya dirancang dalam kepala je. Langsung tak tempah hotel atau resort. Tapi hajat dihati nak ke Awana kijal. Namun, (wah.wah wah... mcm karangan ting 5 ni) disebabkan hari pun dah petang ( baca letih sebab dah tua sebenarnya ) kami suami isteri ambil keputusan untuk singgah di Merang Suria Resort. Kebetulan, ada pulak bilik kosong. Jadi, rancangan untuk ke Awana Kijal tu ditangguhkan dahulu. Maka berendamlah makcik merah ini di Merang Suria Resort.

Monday, September 13, 2010

Sampainya Hati

Dipukul
Ditikam
Dibakar
Dibuang

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, Alahyarham Kamaruddin
Shamsuddin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abdul Karim.




Simpati+Kesal+Marah+Takut

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri 2010 -- Syukur








Selamat Hariraya kepada semua sanak saudara, rakan-rakan dan semua yang singgah di rumah kuning ini. ( Siapa ye yg selalu singgah dari Erbil, Arbil? Terima kasih byk2) Mohon maaf diatas keterlanjuran kata-kata di blog ini. Jika ada yang tercalar, terguris, jutaan maaf saya mohon di atas kesalahan saya itu.

Tuesday, September 7, 2010

Rindunya

Sangat sangat rindu.
Ya Allah,
Engkaulah yang maha berkuasa.
Makbulkanlah doa hambaMu ini.

Di Penghujung Ramadhan Ini

Apa nak jadi ni, tanda setengah skrip terlelap. Tanda satu skrip tertidur. Tanda dua tiga skrip, layan blog. Tanda dua tiga skrip layan fb. Hehehe. Itu namanya menanda sambil makan-makan angin. Tapi kan, raya dah dekat....lalu teringat kepada misiku. Terbengkalai lagikah? Oh tidakkk.... Rasa-rasanya tuan rumah ini terlalu memanjakan diri dengan kenyamanan cuti yang panjang ini. Ronggeng sana lalala, ronggeng sini lalala. Akibatnya, sendiri tanggung.... Sedihnya.
Persiapan raya? Lantai satu rumah belum dimop lagi.
Ok, sudah-sudah le layan blog kak, makcik.

Sunday, September 5, 2010

Kota Bharu Lagi Dan Lagi

Kelmarin ke KB. Sebenarnya tiap-tiap hari pergi KB. Tapi kelmarin, naik supermarket, naik pasar MPKB. Oh oh oh... Kota Bharu penuh sesak dengan kereta dan orangramai yang macam-macam rupa dan gaya. Dari segi pemakaiannya, kadang-kadang sukar nak tentukan samada muslim atau non muslim. Bukan semua, tapi sesetengahnya. Sering terfikir, masa nak keluar rumah tu ibubapa tak tengok ke kejelekan pakaian anak-anak, si suami tak tengok ke "keketatan" pakaian si isteri? Jangan lupa ye....malaikat tidak pernah lupa untuk mencatat dosa dan pahala kita.
Hari ni, InsyaAllah akan ke KB lagi sebab ada benda penting yang belum dibeli. Sesuatu untuk ibu-ibu yang dikasihi. Cadangnya, pagi-pagi lagi nak terpacak di petak parking sebab memang susaaaah sangat nak dapat parking di KB. Semangat tu....

Ok, Selamat Berpuasa.

Friday, September 3, 2010

2 Minggu Cuti... Yeayyy

Alhamdulillah percubaan SPM dah tamat tengahari kelmarin.
PA system yang dipinjam dah dihantar.
Semua peralatan dah disimpan.
Lega....
Cuma, misi saya sebelum bercuti raya tidak kesampaian.
Dilanjutkan tarikh hingga sebelum raya.
Ya, InsyaAllah akan diselesaikan sebelum raya.
Apa lagi
Kalau bukan menanda kertas periksa.
InsyaAllah akan disiapkan sebelum raya.