Sunday, September 5, 2010

Kota Bharu Lagi Dan Lagi

Kelmarin ke KB. Sebenarnya tiap-tiap hari pergi KB. Tapi kelmarin, naik supermarket, naik pasar MPKB. Oh oh oh... Kota Bharu penuh sesak dengan kereta dan orangramai yang macam-macam rupa dan gaya. Dari segi pemakaiannya, kadang-kadang sukar nak tentukan samada muslim atau non muslim. Bukan semua, tapi sesetengahnya. Sering terfikir, masa nak keluar rumah tu ibubapa tak tengok ke kejelekan pakaian anak-anak, si suami tak tengok ke "keketatan" pakaian si isteri? Jangan lupa ye....malaikat tidak pernah lupa untuk mencatat dosa dan pahala kita.
Hari ni, InsyaAllah akan ke KB lagi sebab ada benda penting yang belum dibeli. Sesuatu untuk ibu-ibu yang dikasihi. Cadangnya, pagi-pagi lagi nak terpacak di petak parking sebab memang susaaaah sangat nak dapat parking di KB. Semangat tu....

Ok, Selamat Berpuasa.

2 comments:

Norish @ Afraima said...

alamak...dah jem....huhu..masukkanlah gambar2pemandangan tkini di kay bee..mcm mana hamba nak balik nih..
norish77.blogspot.com

rumah kuning said...

norish,
jemm yg sangat terukkkk. tapi tempat tu le yg asyik nak pergi je. hehehe