Sunday, October 31, 2010

Merapu Musim Hujan

Mlm tadi tengok bola Kelantan vs Negeri 9. Yang bestnya Kelantan menang dan warga Kelantan diberi cuti. Nasib baik makcik sempat kontrol ayu. Kalau tak, mahunya melompat lalalala. Terlebih seronok sebab cutiiii sebenarnya. Dan pagi tadi, selepas solat subuh, tak mahu pejam pulak mata ni. Padahal memang sesuai sesangat berkelubung dalam selimut dengan keadaan bumi Kelantan yang sejuk persis berada di oversea sehari dua ni. Dah masuk musim banjir agaknya. Hujan tak henti-henti.

Tengahari, pergi KB. Dah dapat cuti, mesti le meronda KB. Hehehe. Hujan, tak boleh meronda pun.... Petang, mood mengemas dapur datang. Habis segala pinggan, mangkuk dan kotak-kotak hadiah (hadiah yg masih dlm kotak) yang dah berkurun usianya, makcik buka dan susun dalam almari. Rupanya banyak jugak barang yang makcik sendiri tidak ingat kewujudannya.

Berbalik kepada cuti hari ni. Oh alangkah bestnya jika esok pun cutiiiii.

Sekian, Assalamualaikum




Friday, October 29, 2010

QIADAH

Majalah terkini terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Ada article pasal en suami dan pic dalam rumah kuning.



Glemer la Abahhh...

Ain : Ummi, abah masuk dalam TV 1 ke?
Ummi : Dak
Ain : TV2?
Ummi : Dakk
Ain : TV3?
Ummi : Dakkk lah
Ain : Masuk Astro?
Ummi : Dakkkkkkk
Ain : Habis tu? Abang tu beria-ia rakam abah bercakap? Nak buat apa?
Ummi : Abang-abang tu pelajar Universiti Lim Kokwing. Projek U diorang le tu.
Ain : Ingatkan abah masuk TV.....


Pelajar Lim kokwing di rumah kuning

Annual Dinner

Baru balik dari annual dinner. Temanya blink...blink. Saya antara orang yang tak pakai baju yang blink...blink. Bukan sengaja tak nak ikut tema, tapi sebelum Ain gelakkan saya, baik saya lupakan baju yang berkerlipan itu.
Di Grand Riverview Hotel

Tuesday, October 26, 2010

Sihatkah Hati Kita?

Rasanya alasan terbaik saya seakan melupakan blog kesayangan ini sebab banyak melayan facebook. Padahal bukan tulis apa pun kat sana. Sekadar like sana like sini je. Pastu tegur sana sikit, komen sini sikit. Kalaulah masa melayan fb tu digunakan untuk baca Qur'an. Oh alangkah bagusnya.
Dalam perjalanan ke KB tengahari tadi, dengar tazkirah di radio. Best jugak. Ustaz tu ingatkan kita, kalau fizikal kita sakit, orang boleh nampak. Kita lemah, tak larat berjalan, tak larat bekerja dan satu lagi, bawalah makanan yang paling sedap sekalipun, kita tak berselera nak makan.
Sebaliknya kalau hati kita sakit, orang tak nampak, tapi diri sendiri yang boleh kesan. Tanda bila hati kita sakit adalah kita akan malas/tidak suka untuk melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Contohnya malas nak solat, kedekut untuk bersedekah, malas baca Qur'an, malas belajar dan sebagainya. Jadi, kita boleh check hati kita masing-masing sama ada sihat atau sakit. Dan untuk ubatkan hati yang sakit, dekatkanlah diri dengan Allah swt.

Friday, October 22, 2010

Lamunan Terhenti

Syoknya kalau dapat tukar perabut baru. Hehehe. Membazir???
Kalau tak dapat perabut baru, dapat tukar langsir baru pun cukup.
Apa??? Membazir jugak.
Membazir ke tak? Membazir ke tak? Membazir ke tak????
Membazir!!!! !!!!
Kalau macam tu, pakai je le kerusi, meja, langsir tu patlima belas tahun lagi.




Ada ke kaitan dgn tajuk n3??? Belasah je

Wednesday, October 20, 2010

Bola Oh Bola

Malam ni Kelantan vs Kedah
Mesti le ramai budak2 sekolah bertempik sorak tengok bola
Seronok tak ingat dunia
Masalahnya...
Esok form 4 periksa akhir tahun.
Rasanya pagi esok
Akan ada yg hanya salin soalan
Kalau diorang pergi Kedah, lagi haru
Akan banyak le kerusi yang kosong di bilik darjah esok.



kalau buat persiapan awal kan bagus.....

Saturday, October 16, 2010

Pesan Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya :
“Dirikanlah shalat,
tunaikanlah zakat,
puasalah di bulan Ramadhan,
berdermalah,
tunaikanlah ibadah haji dan umrah,
saling nasihat menasihatilah.
Berilah nasihat kepada pimpinan kamu,
jangan menipu,
jangan terpesona dengan harta dunia.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia.
Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Friday, October 15, 2010

Jom Simpan Duit Untuk Korban

Pagi tadi berkonvoi ke rumah saudara yang akan berangkat ke tanah suci Makkah. Bila umat Islam telah mula berangkat untuk menunaikan fardhu haji, bererti 10 Zulhijjah a.k.a Aidil Adha sudah hampir tiba. Selamat menjalani pengembaraan ibadah kepada seluruh umat Islam terutamanya kawan-kawan yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini. Kepada kita yang berada di tanahair, marilah kita sama-sama bersiap sedia untuk menjalani ibadah korban pada Aidil Adha nanti. Usah jadikan alasan pokai, sengkek atau poket nipis untuk tidak turut sama berkorban. InsyaAllah tiada yang akan papa/miskin disebabkan ibadah ini. Ingat, rezeki datang dari Alah dan ia sampai kepada kita dengan keizinan Allah.

Tuesday, October 5, 2010

Bila Anak Murid Tak Lama Lagi Nak Periksa

Emak murid a.k.a cikgu pun mulalah sibuk bertukar-tukar dan mencari soalan percubaan dari negeri-negeri lain untuk dijawab oleh anak-anak murid. Setakat hari ini, saya dan kawan-kawan sekolah sudah dapatkan soalan dari negeri Sembilan, Kedah, SBP, Trengganu dan Johor. Esok InsyaAllah nak print soalan percubaan Perlis. Soalan Pahang dan Melaka pula dikhabarkan on the way. Mudah-mudahan ada le antara soalan-soalan ini yang akan keluar dalam peperiksaan SPM sebenar nanti.
u
w
a
a
a
banyaknya keja...
slip exam belum print
jadual bertugas semasa exam belum buat
buku laporan guru bertugas belum buat
alamat dan no tel calon masih ada yg lompang
jadual bertugas susun dewan pun belum buat
yuran 4F pun belum beres...bila le diorang nak bayar???
Surat amaran 4F masih ada sorang dua yg belum berhantar....
dan lagi........
Nasib baik tiket bas dan air asia dah ada dalam handbag. kuranglah tensionnya sikit. hehehe

Friday, October 1, 2010

1.10.10

1.10.10 Cantik!!!! Dan saya sangat teruja untuk menanam pokok pada hari ini. Ingat menteri je ke, bila tanam pokok, sibuk juru gambar nak snap gambar.Saya pun lebih kurang sama je. Hehehe gelak dengan amat perasan. Cuma ada sikittt beza, saya tak tanam pokok jati atau kemuning segala. Yang saya tanam pokok kesum, pokok pegaga. Dan siiiikit lagi beza, saya tanam, kemudian saya snap sendiri. Bukan snap gambar saya tapi gambar pokok yang saya tanam. Orang lain takde kat rumah. Tinggal saya je jadi tukang kebun kat belakang rumah. Jurukamera pula, sibuk sesaje. Jadi, tak dapat le saya nak bergambar bersama pokok yang ditanam. Macam le ada orang kisah. Hehehe
Sebahagian pegaga yang tumbuh di tepi pagar, dipindahkan ke dalam pasu.
Mudah-mudahan panjang le usianya.



Kesum yang sudah tumbuh akar di dalam peti sejuk, saya pindahkan ke dalam pasu.
Mudah-mudahan dapat le dijual di pasar minggu. Hehehe
Opsss...bayam peraksi tak tanam pulak tadi. Lupa...

Ya Allah Berkatilah Rezeki Yang Engkau Kurniakan Kepada Kami

Acapkali rezeki Allah datang dari sumber-sumber yang diluar jangkauan akal fikir kita. Dan ianya bukan berupa harta benda semata-mata. Jiran baik yang dapat menggantikan tempat saudara mara yang jauh juga rezeki. Rakan sekerja yang saling bantu membantu dan berbaik sangka, kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang waras juga rezeki. Rumahtangga yang didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian suami, isteri, anak-anak dan keluarga kedua-dua belah pihak juga rezeki. Begitu juga zuriat yang soleh dan solehah, selain daripada ketenangan jiwa dan banyak lagi.

Sentiasalah memanjatkan doa kehadrat Allah Rabbul Jalil untuk memperolehi rezeki yang menjurus kepada kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat. Dalam mencari rezeki harta benda contohnya, sentiasalah berdoa agar kita dijauhi dari mendapat kerjaya dan jawatan atau kenaikan pangkat yang boleh menjauhkan diri dari Allah pemilik sekalian alam. Perlu diingat, kadangkala pangkat yang tinggi dengan kuasa dan gaji yang besar boleh mengubah diri seseorang daripada insan yang bertakwa kepada seorang yang berjiwa rakus tanpa mempeduli halal haram dan dosa pahala. Na'uzubillah.

Rezeki...Kami tidak pernah tanam. Pegaga ini tumbuh dengan banyaknya di tepi pagar dalam kawasan rumah kuning.

Diselang seli dengan ulam bayam peraksi. Alhamdulillah