Friday, December 24, 2010

Semoga Kita Berjaya Dunia Akhirat

Tahniah kepada pelajar yang lulus cemerlang dalam PMR 2009.
Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Tingkatkan lagi usaha semoga SPM 2012 mencatatkan kejayaan sebagaimana yang kita impikan.
Kejayaan cemerlang hari ini tidak akan bermakna sekiranya tidak dijadikan kesinambungan untuk kejayaan dalam SPM dan peperiksaan seterusnya. Sementara kegagalan / kurang cemerlangnya dalam PMR ini tidak bererti begitu juga prestasi anda dalam SPM nanti. Sebagai iktibar, ada kawan-kawan saya yang keputusan PMR (dulu SRP) tidak secemerlang mana, tetapi dengan usaha dan komitmen yang tinggi, mereka telah memiliki Phd pada hari ini.
Sebaliknya, ada juga kawan yang cemerlang semasa PMR dulu, kini tidak berjaya sebagaimana yang dijangkakan.
Jadi, jadikanlah kecemerlangan dalam PMR ini sebagai kesinambungan untuk mencapai kecemerlangan seterusnya. Bagi yang kurang cemerlang, jadikanlah keputusan ini sebagai penyuntik semangat untuk menggapai kecemerlangan dalam SPM dan peperiksaan seterusnya.



Alhamdulillah SMK Panji mencatat peningkatan yang sangat memberansangkan.
Boleh do'ah nak sembelih lembu tu.........

2 comments:

Rashid said...

Iya.. kehidupan ini adakalanya indah dan di sebaliknya. Sijil satu anak tangga untuk melangkah .. yang pentingnya keinginan dan semangat, usaha dan doa ..

Tahniah!! yang berjaya.
Gagal juga sebahagian dari kejayaan ..

rumah kuning said...

selepas menempuh kegagalan, seseorang akan menghargai kejayaan.