Thursday, April 28, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah kelmarin cuaca baik. Sukan fasa 2 berjalan lancar. Sukantara sebenarnya. Semua murid mesti mengambil bahagian dalam 4 acara yg telah ditetapkan.

Alhamdulillah jugak saya tukar suka sama suka dari kerja data dan statistik di tempat teduh kpd tugas menangkap pemenang 100 meter di tengah panas. Lebih baik berpanas daripada mengerjakan excel, mengira dan mencari pemenang bagi setiap acara yg pesertanya 1400 orang lebih.

Juga alhamdulillah sebab Rumah Sigma telah muncul JUARA mengalahkan 3 rumah lain. Suka.... dan hari ini Khamis cuti peristiwa, Ahad pula 1 Mei cuti hari pekerja. OOlala.......


Alhamdulillah diatas nikmat yang bukan sedikit.

No comments: