Monday, May 30, 2011

Nasib Baik Tidak Terjadi Semasa Berada Di Dalam Bilik Darjah

Pagi Sabtu lepas, saya ada sedikit urusan di Wakaf Che Yeh. Sampai di tempat yg dituju, baru saja nak melangkah keluar dari kereta..... opsss terpakai selipar "kawin" le pulak. Haru sungguh le makcik ni. Dari rumah sampai ke wakaf Che Yeh macamana boleh tak terperasan.
Setelah gagal mencari selipar/kasut lain yg mungkin tersesat dlm kereta, akhirnya saya terpaksa meminjam dan memakai kasut en suami yg besar gajah itu. Padan muka....hehehe sila gelak ramai-ramai.

Friday, May 27, 2011

Doakan..........

Hari ni ada Kem Tuju Gemilang di sekolah
Walaupun bertugas pada hari Jumaat
Tapi sangat kelegaan
Sebab
Cuti sek dah bermula
MIL dah keluar wad
Kertas exam dah siap bertanda
Sekarang ni tengah mendera mesin basuh
Esok nak keluar cari barang sikit
Ahad dan Isnin kelas tambahan
Dan Selasa InsyaAllah akan berangkat ke Tanah Suci
Doakan semoga dipermudahkanNya segala urusan.

Monday, May 16, 2011

Hari Kita Diraikan Oleh Kita

Sekali lagi Selamat Hari Guru. Acara pagi tadi bermula dengan futsal, kemudian bola jaring dan seterusnya sukaneka. Acara sukaneka tersangatlah best.... tahniah kpd penganjur. Tak sempat ambil pic kemeriahan tersebut kerana sibuk main dan sibuk gelak yang nyaris nak berguling-guling atas padang. Kalau rajin, InsyaAllah saya akan ambil dari fb anak-anak panji. Habis sukaneka, beralih pula kepada acara dewan. Baca perutusan, ucapan perasmian dan penyampaian anugerah dan tokoh guru. Seterusnya, petang tadi warga SMK Panji ber"hi-tea" di Hotel Renaissance. Tak cukup sehari, esok akan diadakan Kejohanan Tenpin bowling Muhibah Kelab Staf SMK Panji di Mutiara Bowl. Mlm ni boleh le praktis baling apa-apa yang patut.


Dewan Sri Panji yang telah dihias cantik


Bergelak ketawa sambil minum-minum dan makan-makan.






Sunday, May 15, 2011

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
Rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
Dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
Terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
Setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa
Dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
Saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini
Dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Selamat Hari Guru ......
Sekejap tadi pergi supermarket. Cari hadiah utk cikgu2 Ain. Belek sana belek sini punyalah lama. Yang kelakarnya, masa beratur nak bayar di kaunter...... baru saya terperasan, rupanya Ain pakai baju terbalik. Maka sesi gelak dua beranak bermula hingga berair biji mata.

Monday, May 9, 2011

Takde Tajuk

1. Sejak kelmarin berulang alik ke HUSM. MIL masuk wad. Kemalangan. Semoga cepat sembuh.

2.Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu yang singgah di rumah kuning. Hargai dan sayangi ibu kita bukan pada hari ibu sahaja, tapi setiap masa, selama-lamanya.
3. Sekarang, minggu exam. Kpd murid-muridku, baca buku, jawab elok-elok, jangan meniru.

To: Ummi. From: Ain

Monday, May 2, 2011

3 Hari 2 Malam

Perancangan awal nak ke Pulau Tioman. Google bilik ke bilik tapi tak jumpa pun bilik yang kosong. Nak bercuti jugak..... Google bilik di Pulau Redang, juga tiada yang kosong. Jadi dipendekkan cerita, terpaksalah mengubat hati dengan beralih arah ke Kuala Lumpur. Macam biasa, kalau boleh Ain nak menghabiskan 24 jam sehari semalam di swimming pool dan maknya pula lebih berminat kpd pusat belibelah. Tak nak membeli belah pun, sekadar window shopping dan melihat gelagat manusia (ayat membela diri). Sempat juga ke Pesta Buku yang rasanya tidak semeriah seperti masa-masa belajar di UM dahulu. Dah tua-tua ni rasa tak seronok je datang KL. Semua orang nampak terkejar-kejar, sibuk, kalut.... tak suka. Dok kg lagi best...tenaaang je.






Gaya budak yang tak nak keluar dari swimming pool.



Asyik seminit lagi.....seminit lagi....


Alhamdulillah diberikan kelapangan masa.