Monday, May 16, 2011

Hari Kita Diraikan Oleh Kita

Sekali lagi Selamat Hari Guru. Acara pagi tadi bermula dengan futsal, kemudian bola jaring dan seterusnya sukaneka. Acara sukaneka tersangatlah best.... tahniah kpd penganjur. Tak sempat ambil pic kemeriahan tersebut kerana sibuk main dan sibuk gelak yang nyaris nak berguling-guling atas padang. Kalau rajin, InsyaAllah saya akan ambil dari fb anak-anak panji. Habis sukaneka, beralih pula kepada acara dewan. Baca perutusan, ucapan perasmian dan penyampaian anugerah dan tokoh guru. Seterusnya, petang tadi warga SMK Panji ber"hi-tea" di Hotel Renaissance. Tak cukup sehari, esok akan diadakan Kejohanan Tenpin bowling Muhibah Kelab Staf SMK Panji di Mutiara Bowl. Mlm ni boleh le praktis baling apa-apa yang patut.


Dewan Sri Panji yang telah dihias cantik


Bergelak ketawa sambil minum-minum dan makan-makan.






6 comments:

Rashid said...

wow bestnya .. siap makan makan di hotel Renaisssance tu.

Selamat hari guru juga utk rumah kuning. Tentu seronokkan sukaneka ari ni. saya ketawa je ..

Rumah Kuning said...

cikgu rashid,
sekali sekala segga angin. hehe

atie said...

Selamat hari guru cp

rumah kuning said...

Atie,
T kasih. Slmt hari guru juga utk atie

hani@debumelukut said...

belum terlambat nak ucap selamat hari guru kan?
selamat hari guru.

rumah kuning said...

hani,
t kasih....tiap2 hari pun bole ucap. hehehe