Wednesday, June 29, 2011

Maaf....Bukan Niat Untuk Mentertawa

Tadi, masa tengah tengok budak-budak buat kerja dalam kelas, makcik tersengih-sengih seorang diri. Dah sedaya upaya cuba ditahan tapi memang tak boleh. Tetap mau tersengih-sengih jugak.....Akhirnya makcik tutup mulut yang asyik nak tersengih ini supaya tidak dilihat oleh anak-anak murid.

Makcik nak cerita di sini apa yang membuatkan makcik asyik nak tersengih tadi. Mudah-mudahan ibu-ibu yang terbaca en3 ini dapat mengambil pengajaran. Jangan hanya menitik beratkan subjek-subjek UPSR sahaja (kalau anak sek rendah) Subjek-subjek yang tak masuk dalam UPSR pun sama pentingnya dan perlu diberi perhatian.

Ceritanya berlaku dua hari lepas.
Ain : Ummi, ada sorang kawan kelas Ain tu, tiap kali periksa mesti dapat no last, no 50.
Dia tak pandai baca jawi. Tadi, Ain tengok kertas jawapan dia.
Ummi : Kenapa Ain tengok jawapan dia pulak?
Ain : Masa tu semua orang dah hantar kertas jawapan. Ain tengok atas meja cikgu. Masa tu cikgu takde, cikgu keluar kejap.
Ain terus bercerita : Soalannya begini. Tulis Betul atau Salah bagi kenyataan berikut.
Pastu ada kenyataan : Kita mesti melayan tetamu dengan baik.
Ummi tahu tak apa jawapan dia?
Ummi : Mana le ummi tahu.
Ain : Kita kena tulis betul atau salah pada kenyataan tu. Ummi nak tahu dia jawab apa.
Dia jawab..... ATAU.
Ummi : Kahkahkah. Langsung tak terfikir ada anak-anak kita boleh memberi jawapan ATAU. Kesiannya....

2 comments:

sue-ab said...

salah baca soalan tu..

rumah kuning said...

suhaila-an,
tak faham soalan rasanya.