Sunday, July 31, 2011

Tioman Menyedarkan Aku

Punyalah banyak snap gambar di Tioman. Teruja sebab pemandangan yang sangat cantik. Tapi takkan ambik pic pemandangan je. Mestilah bersekali dengan orang-orangnya. Bila balik rumah, sekali lagi teruja nak tengok gambar yg banyak berlambak tu. Tiba-tiba..... alamak... semuanya menunjukkan saya sudah terlalu gumukss. Terus takde mood nak cerita pasal Tioman.

Sekian. Wassalam.


Nasib baik ada pic yg sayup-sayup tak nampak batang hidung ni.

Boleh le ditempek di blog ini.

Hari-hari bercermin, takde le nampak gemuk benor. Haihhh....

Tak boleh jadi nih.

Thursday, July 28, 2011

Thank You Papa

balik dari sekolah kelmarin, kemas-kemas itu ini terus bertolak menghala ke trengganu. seterusnya ke pahang. perjalanan sebelah malam melalui jalan yang jarang/tidak pernah dilalui agak sukar walaupun ada papan tanda. tapi dgn bantuan " papago", ianya bukan lagi sesuatu yg sukar. cekap sungguh papa itu. promosi tidak berbayar untuk papa go sebab puashati sesangat. jam 11 lebih mlm tadi, singgah bermlm di rompin. sekarang tengah tunggu ain berendam kat swimming pool dan sekejap lagi akan bertolak ke mersing seterusnya ke pulau tioman. yeayyy....




seggar angin budak th 3 sebelum puasa minggu depan

Sunday, July 24, 2011

Bermacam Ragam Yang Kadang-kadang Menguji Kesabaran

Kenapa le ada orang suka sangat mencari keburukan orang lain untuk menutup keburukan diri sendiri. Benci benci benci 15x. Sanggup pulak tu membesarkan perkara remeh temeh supaya nampak buruk di mata orang. Boleh nangis-nangis lagi tu. Hairan.... apa yang dicari di dlm hidup ini? Kalau budak-budak buat perangai macam tu, memang sah nakkan perhatian. Kalau orang tua, nak apa ya?

( Dah taip panjang2, delete.... rasa bodoh pulak melepas perasaan di sini. Hehehe )
Apa pun sabar je lah. Usah sesakkan dada dgn perkara remeh temeh.

Friday, July 22, 2011

Yeayy...Internet Dah OK

Suka 15X
Dah boleh meronda seluruh dunia.
Tak perlu lagi terkebil-kebil menaip guna handphone.
Oklah sebenarnya takde idea pun nak tulis.
Takde/beku idea sabab lama tak membaca. Hehehe.

Sambung sikit lagi... Ingatan utk diri sendiri.
Beku airmata kerana kerasnya hati.
Kerasnya hati kerana banyaknya dosa.
Banyaknya dosa kerana lupakan mati.
Lupakan mati kerana terlalu cintakan dunia.
Tidakkkk.....

OK Assalamualaikum

Tilik Pada Diri Sendiri....Puashati?

Selalu kita dengar dan acapkali juga rasai sendiri perasaan tak puashati. Itu tak puashati, ini tak puashati. Dgn orang tu tak puashati, dengan orang ini tak puashati. Patutnya buat begitu, patutnya buat begini. Mungkin betul jugak pendapat orang yg tak berpuashati itu. tapi kalau asyik tak puashati je, mesti ada yang tak kena pada diri sendiri. Atau mungkin terkehel atau terputus wayer kat mana-mana. Yang peliknya lagi, segala yg dibuat oleh diri sendiri sama ada betul atau silap, puashati sokmo.
Mari kita muhasabah diri dan bersih hati. Alangkah baiknya jika kita tidak berpuashati bila terlupa untuk solat sunat, tiba-tiba... (ingat dlm hati) eh dah pukul 1 la, lupa nak solat sunat dhuha pagi tadi. bagi sedekah rm100, sikitnya...eh tak puashati... esok bagi lagi rm 200, atau pun rasa tak cukup berbuat baik kpd ibubapa, tak puashati....tak puashati...Jadi, dgn adanya perasaan tak puashati ini, kita akan memperhebatkan lagi diri kita di sisi Allah dgn menambah mana-mana yang kurang. Allah suka dan insyaAllah akan menambahkan pahala.




Wednesday, July 20, 2011

Sesi Melepas Geram Budak Darjah 3

ain: ummi, internet tak jadi lagi ke?
ummi: takkk... org telekom tak mari baiki lagi.
ain: org telekom ni macam kura-kura.
ummi: nape pulak?
ain: ye lah .... macam kura-kura..lambat..mari jln kaki.... sebulan baru sampai rumah kita
ummi: ?????
ain: gerammm


maaf kpd tuan puan yang berkenaan, anak saya baru 9 tahun.

Sunday, July 17, 2011

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru

pagi tadi ada majls perpisahan sempena perpindahan pn pengetua ke smk kedai buluh. malis dipenuhi dgn ucapan, makan dan persembahan.
tengahari ramai-ramai menghantar pn pengetua ke sek baru.

sapa le pulak pengetua baru?

Saturday, July 9, 2011

Sabtu

Pagi tadi secara rela paksa saya ke sekolah. Meriah amat sekolah kita weh.... Di surau sekolah ada bengkel BM ting 3 bagi kelas-kelas depan. Di Bilik Wawasan ada bengkel PAI ting 3 bagi kelas-kelas belakang. Di dewan Sri Panji pula ada bengkel BI SPM untuk kelas-kelas depan dan di kelas 5 C pula ada bengkel PAI SPM bagi kelas-kelas belakang.

Periksa dah dekat. Tingkatkan usaha tanpa rasa jemu. Jgn bergumbira lala lala sesaja. Ini pesanan khusus untuk murid-murid PMR dan SPM SMK Panji. Ramai yang baca blog ni kan??? Saya tahu....

Petang, cari baju raya. best3x. Macam tak cukup lagi le en suami. Minggu depan sambung lagi, boleh?

Setakat ini dulu...nak iron kain seluar baju le pulak. Esok sekolah. Rasa macam nak demam je ni. Hehehe.

Friday, July 8, 2011

Opsss Tertinggal.....


Walau sudah lebih sebulan berlalu, nak letak jugak pic yang comel-comel ini. Selamat Pengantin Baru. Sebulan baruuu lagi......


Thursday, July 7, 2011

Misi Yang Gagal

Pukul 3 lebih petang tadi, uwa.....uwa..... lapar....lapar. Saya buat tak dengar.
Dia naik atas...tengok TV dalam sejam.
Turun balik...... uwaaa........ lapar....sakit perut. Saya buat-buat pekak badak lagi.
Dia makin menjadi-jadi........... nak buka puasa.....nak buka puasa.... (siap cakap) bukan puasa Ramadhan pun.........lapar.
Dah dipujuk-pujuk tapi tak makan saman.
Eee geram...... Pergilah cari apa-apa yang boleh dimakan kat dapur.
Dua tiga minit after that....... ummi, nak rebus maggi, letak air setakat mana???Ain dah letak air atas dapur.
Cepat-cepat saya ke dapur dan masakkan sebungkus maggi untuknya.
Selesai...........


Huhh.... dari minggu lepas lagi punyalah beria-ia nak puasa hari ni....gagal!!!

Wednesday, July 6, 2011

Pertemuan Yang Manis

Sebelum berangkat pulang dari mengerjakan haji akhir 2009 lepas, kami bertukar-tukar no telefon. Tapi sangat pelik, saya gagal mengubunginya dan dia tidak pernah menghubungi saya.

Dan semasa berada di Masjidil Nabawi Jun lepas, setiap kali menunggu untuk memasuki Raudhah, saya memang teringat kepadanya. Kami pernah berpegang-pegangan tangan untuk tujuan yang sama pada musim haji 2009. Megawati, kawan dari Kedah yang sebaya dengan saya dan berjiran selang satu tilam semasa berada di Mina. Dalam ramai-ramai ahli rombongan, saya hanya teringatkan Mega. Dalam hati, kalaulah saya terjumpa lagi Mega....tak kiralah dimana. Dan beberapa hari selepas sampai di Mekah, di dalam Masjidil Haram saya dan suami telah terserempak dengan sepasang suami isteri. Sangat tidak disangka. Kami berpeluk erat....sangat manis pertemuan kali itu. Syukur, Allah makbulkan... Dalam jutaan manusia, saya berjumpa Megawati dan suaminya. "No awak hilang. No yang saya bagi tu mungkin saya tersilap bagi no semasa di Mekah". Itulah puncanya kami terputus hubungan.

Dua hari sebelum balik Malaysia, sekali lagi saya terserempak dengan Mega. Mudah-mudahan kami tidak lagi terputus hubungan.
.

Sunday, July 3, 2011

Nikmat Dunia Bukan Segala-galanya

Ganjaran? Nikmat? Semuanya dengan keizinan Allah. Jadi, terlalu salah jika kita menggantungkan harap kepada sesama manusia atau sesama makhluk. Usah sempitkan dada kita. Allah ada, Allah bersama kita dan mintalah kepadaNya.

Andai gagal, usah kecewa....... KetentuanNya terlalu sempurna untuk kita.