Wednesday, July 6, 2011

Pertemuan Yang Manis

Sebelum berangkat pulang dari mengerjakan haji akhir 2009 lepas, kami bertukar-tukar no telefon. Tapi sangat pelik, saya gagal mengubunginya dan dia tidak pernah menghubungi saya.

Dan semasa berada di Masjidil Nabawi Jun lepas, setiap kali menunggu untuk memasuki Raudhah, saya memang teringat kepadanya. Kami pernah berpegang-pegangan tangan untuk tujuan yang sama pada musim haji 2009. Megawati, kawan dari Kedah yang sebaya dengan saya dan berjiran selang satu tilam semasa berada di Mina. Dalam ramai-ramai ahli rombongan, saya hanya teringatkan Mega. Dalam hati, kalaulah saya terjumpa lagi Mega....tak kiralah dimana. Dan beberapa hari selepas sampai di Mekah, di dalam Masjidil Haram saya dan suami telah terserempak dengan sepasang suami isteri. Sangat tidak disangka. Kami berpeluk erat....sangat manis pertemuan kali itu. Syukur, Allah makbulkan... Dalam jutaan manusia, saya berjumpa Megawati dan suaminya. "No awak hilang. No yang saya bagi tu mungkin saya tersilap bagi no semasa di Mekah". Itulah puncanya kami terputus hubungan.

Dua hari sebelum balik Malaysia, sekali lagi saya terserempak dengan Mega. Mudah-mudahan kami tidak lagi terputus hubungan.
.

2 comments:

pB said...

alhamdulillah

rumah kuning said...

pB,
syukur......