Hari ni 9 Zulhijjah. Esok raya. Yeayy.... daging singgae, daging cicah air asam, daging goreng campur hati, campur jantung. hehehe Lupakan bab makan-makan ni. Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim ya kawan-kawan.
Teringat masa wukuf pada 2009 yang lepas. Kami dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah kerana bimbang kesesakan jalan. Bimbang tidak sempat wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Masa kami sampai di Arafah, hujan turun dengan lebatnya Dah nama pun duduk dalam khemah, jadi banyaklah bocor hingga tilam banyak yang basah. Tilam saya berjiran dengan tilam seorang kakak yang saya memang tak kenal w/pun dlm pakej yg sama. Kakak tu bersama empat lima orang kawannya yang saya nampak macam dah lama kenal. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya tinggal sebilik dengan suami. Jadi, sepanjang di sana saya takde kawan rapat. Kemana-mana pun saya berdua dengan suami, tapi bila berada di Arafah, jemaah perempuan dok dalam satu khemah dan jemaah lelaki dok dlm satu khemah yang lain.
Malamnya, kami susun semua tilam yang basah di tepi dan kami semua tidur atas karpet. Karpet tak basah sebab ianya dbentang bawah tilam yang disusun rapat. Malam tu, sebaik saya merebahkan badan untuk berehat, kakak sebelah tilam saya mengeluarkan selimut ( kain nipis yg agak besar) lalu menyelimutkan saya. Memang sejuk pun sebab sebelum tu hujan lebat dan kita sedikit sebanyak memang basah (saya hanya bawa benda-benda wajib je, selimut ni memang takde dlm senarai). Sungguh tersentuh bila orang yang kita tak kenal begitu baik dengan kita.
Rindunya untuk melalui pengalaman berwukuf lagi, berdoa, bermunajat dalam suasana begitu.Syahdu....
Esoknya selepas maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah dan selepas Subuh kami dibawa pula ke Mina.Di Mina, tilam saya berjiran pula dengan Megawati. Rasanya saya dah cerita tentang kawan baik saya ini yang terputus hubungan selepas musim haji 2009 tetapi berjumpa balik masa buat umrah 2011.
Hari terakhir saya berada di Mina, kalau tak silap masa tu dlm perjalanan nak gi melontar, saya tunjuk kepada suami, "Itulah kakak yang selimutkan saya masa dok di Arafah" . Masa tu dia tengah berjalan beriringan dengan suaminya.
Suami : "Suami dia tu kan wakil rakyat. Tak kenal ke?"
Aaa? isteri wakil rakyat. Baiknya.
Semoga dia sentiasa di dalam kerahmatan Yang Maha Esa.
Terima kasih kepada pembimbing haji kami Abu Anas Al Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman) di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang musim haji 2009. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa.
Thursday, October 25, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Biar Kalah, Jangan Mengalah
Kalut itu kalut ini, begitu begini, sedar sedar dah nak raya haji dan 2012 dah nak berakhir. Cepatnya masa berlalu.
Untuk pelajar SPM, 12 hari lagi tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Dlm masa 12 hari ni, bersedialah apa yang patut. Biar berbaloi segala penat lelah kita selama ini.. Seperti yang saya selalu cakap, kalau tak nak main sembunyi-sembunyi di sebalik tiang atau belakang bangunan sebab malukan kawan/cikgu dek result yang KO bulan 3 tahun depan, tolong belajar rajin-rajin..Gunakan sisa masa yang masih ada ini sebaik mungkin.Dalam masa 12 hari ini, jadilah seorang pelajar dalam erti kata yang sebenar dan tinggalkan kerja-kerja yang tidak berkaitan.
Friday, October 19, 2012
Di Kesempatan Yang Ada
Seorang kawan saya bercerita, kawannya cerita. Eh berbelit-belit pulak. Begini, kawan kepada kawan saya ( telah kematian suami) cerita kepada kawan saya. pastu kawan saya cerita pulak kepada saya. Si kawan yang telah kematian suami tu cakap, masa kita bersama orang-orang tersayang (dia merujuk kpd suami) berbuat baiklah kpd mereka. Takyah le asyik berkira, asyik cari salah silap atau kejap-kejap gaduh, kejap-kejap masam muka. Sebab bila suami atau orang-orang yang kita sayang dah takde, masa tu lah kita akan kesal dan menghargai setiap saat kewujudan dia di sisi kita selama ini. Pada masa tu lah baru kita akan ingat itu, ingat ini, kalau begitu, kalau begini. Masa tu, semuanya dah terlambat. Dia takkan kembali bersama kita, menemani kita ketika suka atau pun duka.
Jumaat Yang Indah
Dah masuk musim hujan ke kita ni? Dari malam kelmarin hujan dengan lebatnya. Ada jugak sekejap-sekejap berhenti tapi pastu sambung hujan balik. Masa makcik menaip ni pun hujan dan gelap gelita. Pagi tadi, dalam hujan renyai-renyai makcik gigih pergi pasar. Beli itu ini yang berkenan di hati termasuklah siput sedut.Asyik ingat makan je lebih-lebih lagi bila sejuk macam ni.
Dah siap untuk disedut. Hehehe
Ini pulak sup beko. Siapa pernah rasa?
Tipu je tu.
Tipu je tu.
Sebenarnya buah beko ni makcik potong macam dlm pic di atas, pastu rendam dalam air sampai keluar warna hijaunya. Rasanya dalam sejam lebih. Lepas tu basuh bersih dan jadilah ulam yang sangat ranggup. Cicah pula dengan sambal atau budu. Sedappp...cubalah.
dah siap masak lauk, makcik pun buka bekas beras nak masak nasi. olalala... beras ada sejemput je. maka makcik pun masak le sejemput beras tuh dan dapat le nasi dua jemput. kesiankan? ?
dah siap masak lauk, makcik pun buka bekas beras nak masak nasi. olalala... beras ada sejemput je. maka makcik pun masak le sejemput beras tuh dan dapat le nasi dua jemput. kesiankan? ?
Wednesday, October 17, 2012
Makan Makan Makan
Dlm perjlnn blk sekolah, teringin pulak nak mkn mee goreng.Mesti sedap bila diganding dgn keropok lekor. Jadi, makcik terus singgah di kedai mencari keropok lekor. Mee tak payah cari, berlonggok je kat mana-mana kedai pun. Terjumpa keropok lekor di kedai yang menjual ikan masin. Makcik beli dua batang (betul ke penjodoh bilangan ni)keropok lekor. Tiba-tiba...ehh sedapnya ikan masin jika digulai dengan nanas. Sedapnya....Makcik pun terbeli ikan masin. Cari nanas dan beli santan. Terus balik rumah. Dalam kereta dah lupa dengan mee goreng, sebaliknya terbayang-bayang ikan masin gulai dengan nanas. Maka terhasillah gulai di bawah.
Pic di bawah pula bukan dari dapur makcik. Maggie ketam yang penuh dengan ketam dan udang. Sedap3x Semuanya sedap. Macamana le nak kurus. Makan banyak pulak tuh. Hehehe
Pic di bawah pula bukan dari dapur makcik. Maggie ketam yang penuh dengan ketam dan udang. Sedap3x Semuanya sedap. Macamana le nak kurus. Makan banyak pulak tuh. Hehehe
Friday, October 12, 2012
Raya Puasa
Tiba-tiba terjumpa pic di atas. Sebagaimana tajuk en3, pic ni makcik ambik masa raya puasa yang lepas. Sebenarnya makcik nak cakap, sshhhh... dua-duanya sama gemuk. hehehe
Tua
Sakit lutut, sakit pinggang, sakit urat dan macam-macam sakit lagi sebenarnya mengingatkan bahawa kita tidak lagi muda belia. Masa umur 17, 20 dulu ada siapa selalu sakit urat? Takde kan.Kalau ada pun sekali sekali time jatuh motor, jatuh longkang. Selain daripada tu, alhamdulillah sihat je kita.
Taknak tulis (membebel) panjang-panjang, senang cerita, selagi nyawa dikandung badan, jom kita cari bekalan, tambahkan tabungan.
Sekian, TQ
Taknak tulis (membebel) panjang-panjang, senang cerita, selagi nyawa dikandung badan, jom kita cari bekalan, tambahkan tabungan.
Sekian, TQ
Wednesday, October 3, 2012
Doa Kami
Sudah Oktober. Lamanya tak update blog. Lepas habis tanda kertas hari tu, rasa nak berehat panjang. Sebenarnya kepala ni asyik le terfikir budak-budak yang nak periksa. Masih ada lagi yang takde ghupa macam nak periksa.Dah habis ayat cikgu-cikgu dok mintak diorang supaya belajar, belajar, belajar. Tapi... masih ada yang tengah enak bermimpi. Mudah-mudahan dibukakan hati mereka untuk belajar dan melangkah menuju puncak.
Subscribe to:
Posts (Atom)