Friday, October 19, 2012

Di Kesempatan Yang Ada

Seorang kawan saya bercerita, kawannya cerita. Eh berbelit-belit pulak. Begini, kawan kepada kawan saya ( telah kematian suami) cerita kepada kawan saya. pastu kawan saya cerita pulak kepada saya. Si kawan yang telah kematian suami tu cakap, masa kita bersama orang-orang tersayang (dia merujuk kpd suami) berbuat baiklah kpd mereka. Takyah le asyik  berkira, asyik cari salah silap atau  kejap-kejap gaduh, kejap-kejap masam muka. Sebab bila suami atau orang-orang yang kita sayang dah takde, masa tu lah kita akan kesal dan menghargai setiap saat  kewujudan dia di sisi kita selama ini. Pada masa tu lah baru kita akan ingat itu, ingat ini, kalau begitu, kalau begini. Masa tu, semuanya dah terlambat. Dia takkan kembali bersama kita, menemani kita ketika suka atau pun duka.

4 comments:

MystoryPic said...

Salam RK.... saya menerjah ke sini
Hemm memang tak rugi kita berbuat baik...kan?? ganjaran pahala dari Allah

Anonymous said...

dekat dua tahun dah x follow yr blog, dulu rajin jugok dok ngomen...
... interesting macam dulu, dok baca cerita2 2009 - 2012, baca sikit2. Rindu kerabu beko weh, tapi dok jauh telan air liur sajalah.

rumah kuning said...

MystoryPic,
betul tu. mudah-mudahan segala kerja buat kita mendapat ganjaran yg setimpal dari Allah.

anonymous,
Semoga ada pengajaran yg boleh digunapakai utk kebahagiaan dunia akhirat. rasanya yg merapu lg banyak. hehehe

Marya Yusof said...

As salam RK,

Lama tak menyinggah! Terasa sayu pulak bila baca ni... Terima kasih atas ingatan mcm ni sekali sekala perlu juga ada yg bagi kejutan dr lena kan... Yang pastinya segalanya tak kekal atas dunia ni... ntah kita pergi dulu atau dia...huhuu