Monday, November 26, 2012

Bercerai Sudahnya

Walau kasih, walau sayang yang seolah tiada sempadan
Akan sampai masanya  kita  akan berpisah.
Ketika itu, 
Walau meleleh air mata darah 
Tiada  lagi peluang  untuk bersama, 
Tiada lagi istilah rujuk atau berbaik semula
Muktamad, kita akan bercerai.
Tinggalkan kasih
Tinggallah sayang
Yang dicinta, mahupun yang dikejar
Kita akan bercerai 
Dengan DUNIA dan seluruh isinya.  




6 comments:

Marya Yusof said...

As salam RK,

Dunia ini hanya sementara... Pernah dgr satu hadis ni maksudnye lebih kurang begini, Dunia adalah Syurga bg mereka yg kafir tetapi penjara bagi orang mukmin... boleh check balik seshahihan hadis ni tp apa yg ingin saya kongsikan di sini, dunia ini adalah tmpt utk kita diuji sebagai hambaNYA... di sana tmpt kita yg abadi... wallahualam :)

Lynn said...

Assalam RK..

Kadang2 kita lupa kita cuma menumpang sahaja..Bukan rumah yang kekal abadi untuk kita...

Rumah Kuning said...

marya,
dunia hanya tem persinggahan dan tak sepatutnya kita kejar seolah2 dunialah segala-galanya.

Rumah Kuning said...

lynn,
semoga kita dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

MystoryPic said...

kadang2 kita lupa bila2 masa je Allah akan jemput kita

rumah kuning said...

MystoryPic,
Betul tu. sepatutnya kita sentiasa bersedia.