Sunday, May 26, 2013
Friday, May 24, 2013
Ujian
Kelmarin, last day sebelum cuti pertengahan tahun. SMK Panji buat larian merentas desa. Lepas tu, perlawanan bola sepak dan tengahari pembahagian hadiah. Yang ni memang best. Hehehe harini bermula cuti 2 minggu.
Yang tak bestnya, balik rumah air punya la slow dan petangnya langsung takde air. Maka bermulalah kerja ulang alik angkut air rumah mak di sebelah. Pagi tadi, terus beli makanan pagi dan makanan untuk tengahari. Harap-harap tak basi. Uwaaaa
Satu lagi yang tak seronoknya, kain baju mesti dah masam dlm mesin basuh sebab kelmarin sempat basuh separuh jalan je. Sabar je lah... Ujian kecil je tu.
Yang tak bestnya, balik rumah air punya la slow dan petangnya langsung takde air. Maka bermulalah kerja ulang alik angkut air rumah mak di sebelah. Pagi tadi, terus beli makanan pagi dan makanan untuk tengahari. Harap-harap tak basi. Uwaaaa
Kita makan dulu
Friday, May 17, 2013
16 Mei 2013
Hampir seminggu streamyx rumah makcik "berona" Tigapat kali dah nelipon tapi tak beres-beres lagi. Kalu tak sobar, meme sero nak ngamuk jah. Nasib baik ada BB buruk nih. Lupakan pasal streamyx.
Hari ni 16 Mei hari guru. Sekolah makcik tunda periksa hari ni sebab nak sambut hari guru. Macam biasa, sambutan di SMK Panji meriah dengan acara padang dan dewan. Dikesempatan ini, makcik nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru makcik dari tadika hingga makcik jadi cikgu. Juga kepada semua rakan guru walau dimana berada. Terima kasih di atas tunjuk ajar dan semoga segala kerja buat kita menambahkan saham untuk akhirat.
Balik dari sekolah, makcik ke Sektor Penilaian & Peperiksaan JPN. Alhamdulillah urusan berjalan lancar.
Posing hari guru
Pic dari FB Kak Dah Hanam. Terimakasih.
Friday, May 10, 2013
Lemas
Semasa mengawas periksa kelmarin, saya baca beberapa helaian majalah lama yang dah tercabut kulit dan sebahagian besar isinya. Kebetulan helaian tu ada atas meja cikgu. Antara yang menarik, satu article mengenai Hamza Yusuf. Gigihnya beliau mendalami ilmu Islam. Kita? Masjid dan kuliah agama merata tapi ada je alasan untuk menguzurkan diri. Alangkah ruginya.
Dalam petikan tersebut, seorang alim pernah berpesan kepada Hamza Yusuf : "Dunia ini ibarat lautan yang luas. Mereka yang lemas di dalamnya tidak terkira banyaknya. Jangan jadikan diri kamu salah seorang yang lemas itu".
Sangat bertepatan dengan apa yang ada di sekeliling kita. Orang dah tak segan silu buat perkara yang salah dalam agama.Yang tua, muda, anak, bapak sama sahaja. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok je bab berpakaian atau berfesyen. Takyah gi London. Pergi je pasar minggu kat ceruk kampung sekalipun. Cuba perhati anak-anak remaja, kakak-kakak hatta makcik-makcik sekalipun. Ramai antara mereka yang kelemasan dan perlukan oksigen. Dengan kita-kita yang tengok pun hampir lemas.
Wahai suami, ibu ayah, kakak abang, mana kasih sayang anda? Tunjukkan.........
Mood baru balik dari pasar pagi.
Wednesday, May 8, 2013
Jaga Diri
Setiap orang ada lebih dan ada kurangnya. Ada salah dan silapnya. Dia pernah buat salah, kita pun ada angin dan fe'elnya juga. Saling bermaafan adalah yang terbaik untuk kita.Mudah-mudahan, antara kita dan dia, kosong-kosong, tiada dosa.
Disamping itu, berusahalah untuk menjadi insan terbaik untuk orang-orang di sekeliling kita. Sekali tersalah dan tersilap usah ulangi berkali-kali perkara yang sama. Kecil besar, hindarilah kesemuanya.
Ingat, kita boleh meminta maaf tapi belum tentu orang akan memaafkan kita. Sanggupkah kita membawa beban demi beban, dosa demi dosa hingga ke akhirat sana? Apa yang dibimbangi pahala kurang, yang menimbun adalah dosa.
Ingat, muflis di dunia masih ada peluang untuk membebaskannya tapi muflis di akhirat, nerakalah balasannya. Sayangilah diri kita, Jauhkan dari dosa.
Tuesday, May 7, 2013
Yang Nak Ditinggal Dan Yang Nak Dibawa
Hidup di dunia hanya sementara. Destinasi sebenar adalah di akhirat. Semua sedia maklum. Tapi ada antara kita (termasuk saya) yang kadang-kadang hanya nampak dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Risau tentang makan minum dan segala bekalan untuk kehidupan di dunia tapi lupa tentang bekalan dan keperluan untuk kehidupan di akhirat sana. Kita berjimat cermat, potong gaji segala untuk simpanan hari tua, untuk kemudahan anak-anak dan tanggungan kita tapi amat berkira untuk bersedekah dan menyumbang kepada si miskin, tabung masjid contohnya. Kita lupa, itu juga antara bekalan untuk kehidupan akhirat yang untungnya berganda-ganda.
Dengan kata lain, yang nak ditinggalkan, bersungguh-sungguh kita cari dan kumpul. Yang nak dibawa, kita hanya buat ala kadar sahaja. Sepatutnya, kedua-dua tu kita cari, kita kumpul tanpa ada yang tercicir dan terkurang mana-mana satu daripadanya. Mudah-mudahan kita bukan sahaja bahagia di dunia tetapi juga menjadi insan terpilih dan bahagia juga di alam sana.
Sekali lagi pesan saya untuk diri sendiri juga, jangan termasuk dalam golongan yang rugi kerana Yang nak ditinggalkan, bersungguh-sungguh kita cari dan kumpul. Yang nak dibawa, kita hanya buat ala kadar sahaja.
Jadi, usah bertangguh dan berlengah lagi. Pos atau hantar keperluan kita untuk kehidupan di sana. Jangan asyik simpan di bank sahaja.
Semoga ada manfaat.

Cerita Kelmarin
Balik dari sekolah tengahari kelmarin, saya terus ke KB. Ada urusan sikit. Sebelum balik, beli makanan siap siap sebab dah tak larat (baca malas) nak berdansa di dapur. Rasa nak tidur je sebab malam sebelumnya berjaga hingga jam 2.30 gara-gara menunggu keputusan PRU 13. Sambil-sambil tu, tunggu kalau-kalau diberi cuti. hehehe bestnya kalau dapat cuti walaupun dah cuti 3 hari. Rupa-rupanya ramai kanak-kanak ribenna yang sambung cuti dan tak datang sekolah.
Petangnya, tengah sedap betulkan urat, diberitahu tok saudara meninggal dunia dan akan dikebumikan selepas asar. Innalillahi wa innailaihirajiun. Bersiap dan pergi melawat sekejap. Lepas tu, ada tetamu datang.
Malamnya, keluar makan dan setelah selesai apa yang patut, tidur tak sedar diri. Nikmatnya macam seminggu dah tak tidur. Padahal........
Biasala hobi saya = tidur.

Sunday, May 5, 2013
Sekali Lagi Kita Mengundi
Pagi-pagi lagi makcik dah keluar mengundi. Kali kedua mengundi dengan pengalaman yang berbeza. Rasa-rasa makcik le kan, sebelum-sebelum ni takdelah meriahnya dengan aktiviti belarak sana, belarak sini seperti PRU 13 ni.. Naik takut pun ada bila kebetulan bertembung dengan kumpulan yang belarak-larak nih.
Walau apa pun, doa makcik semoga Malaysia tetap aman damai.
Walau apa pun, doa makcik semoga Malaysia tetap aman damai.
Wednesday, May 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)