Tuesday, May 7, 2013

Yang Nak Ditinggal Dan Yang Nak Dibawa

Hidup di dunia hanya sementara. Destinasi sebenar adalah di akhirat. Semua sedia maklum. Tapi ada antara kita (termasuk saya) yang kadang-kadang hanya nampak dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Risau tentang makan minum dan segala bekalan untuk kehidupan  di dunia tapi lupa tentang bekalan dan keperluan untuk kehidupan di akhirat sana. Kita  berjimat cermat, potong gaji segala untuk simpanan hari tua, untuk kemudahan anak-anak dan tanggungan kita tapi amat berkira untuk bersedekah dan menyumbang kepada si miskin, tabung masjid contohnya. Kita lupa, itu juga antara bekalan untuk kehidupan akhirat yang untungnya berganda-ganda.
Dengan kata lain, yang nak ditinggalkan, bersungguh-sungguh kita cari dan kumpul. Yang nak dibawa, kita hanya buat ala kadar sahaja.  Sepatutnya, kedua-dua tu  kita cari, kita kumpul  tanpa ada yang tercicir dan terkurang mana-mana satu daripadanya. Mudah-mudahan kita bukan sahaja bahagia di dunia tetapi juga menjadi insan terpilih dan bahagia juga di alam sana.
Sekali lagi pesan saya untuk diri sendiri juga, jangan termasuk dalam golongan  yang rugi kerana Yang nak ditinggalkan, bersungguh-sungguh kita cari dan kumpul. Yang nak dibawa, kita hanya buat ala kadar sahaja. 
Jadi, usah bertangguh dan berlengah lagi. Pos atau hantar keperluan kita untuk kehidupan di sana. Jangan asyik simpan di bank sahaja.

Semoga ada manfaat.

1 comment:

Ibuhani said...

Tq mengingatkn......jgn tangguh2 dgn bekalan mati kita!