Wednesday, July 31, 2013

Percayalah

Bila terasa nak bersedekah,pernah tak kita terfikir, eh nanti tak cukup duit, kita pun nak guna banyak duit nih Nak beli kuih raya, baju raya, macam-macam lagi nak beli, nanti tak cukup duit. Maka kita pun tak jadi nak bersedekah. Bimbang tak cukup duit. Kita lupa janji Allah. Lupa Allah akan gandakan  apa yang kita infakkan itu.
Percayalah.... kalau nak Allah gandakan rezeki, banyakkan bersedekah.  Malah, kalau rasa sempit, banyakkan bersedekah.Allah akan datangkan rezeki dari jalan-jalan yang kita tidak jangkakan. Percayalah.....

3 comments:

MystoryPic said...

Ramai yg takut nak keluarkan duit.... takut sangat duit tu habiskan, kita lupa yg sebenarnya kalau kita rajin menghulur Allah akan menggantikannya balik

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
Susah juga nak didik diri supaya tidak berkira dlm bab bersedekah nih. Kan???

Irfa said...

selalu gak kena bisikan azazil psl duit x cukup tu tp pejam mata je