Monday, September 15, 2014

Bila UPSR bocor

Makcik sangat kesian kepada cikgu. Banyak masalah yang akan ditanggung oleh mereka. Peperiksaan Sains dan ulangan BI akan diadakan pada 30 hb. Buka sekolah nanti, ada seminggu lebih lagi sebelum periksa. Murid-murid calon UPSR nak letak kat mana? Bilik darjah diorang dah jadi dewan. Kalau tak dijadikan dewan pun, mesti murid-murid lain dah ditempatkan di situ  Penyelesaiannya mungkin tutup balik dewan, jadikan kelas semula. Terpaksalah mengorbankan label meja yang sudah pasti akan rosak. Seminggu lebih lepas tu, kena susun semula dewan yang dah dijadikan kelas. Mesti cetak semula label meja dan tampal semula. Bunyi macam senang tapi bila diri sendiri yang buat, tahulah senang atau susah. Lebih-lebih lagi jika calon UPSRnya ramai.

Makcik sangat simpati kepada guru dan murid-murid terlibat. 
Mak bapak pun kesian jugak. 
Ain cakap cikgu dia menangis bila tahu UPSR bocor.

4 comments:

Irfa said...

mmg kesian. mmber anknya upsr jgk
bercuti 3 hari semata nak ambik anta anak ke exam. skrg dah bocor.mmg frust n bengang sgt dia

pB said...

Napok mudoh tapi menyusoh kan

Rumah Kuning said...

irfa,
ain pun bengang sgt2. Sekarang ni ikut jugak rombongan ke Penang (kononnya lepas UPSR)

Rumah Kuning said...

pB,
Bila tahu bocor tu memang marah tapi bila tengok cikgu2 kena tangkap rasa kesian pulak.