Wednesday, January 22, 2014

Semoga Allah Permudahkan

Sudah hampir sebulan sekolah dibuka. Cabaran sebagai guru masih sama dengan beban kerja yang pada pendapat peribadi makcik makin bertambah. Dan yang tak bestnya sejak sekolah dibuka, sudah 6 orang rakan guru sekolah makcik telah ditukarkan ke sekolah lain. Dengar-dengar cerita ada lagi yang akan ditukarkan. Fuhhh berdebar wei....  Bak kata kawan-kawan makcik, dimana pun kita mengajar, anak murid tetap sama, yang tak sama dan sukar didapati adalah kawan-kawan yang kamceng dan sekepal dengan kita. Walau bagaimana pun jika nama kita yang tersenarai, terpaksa juga kami akur walaupun sedih.

Sejak akhir tahun lepas, makcik sekeluarga tidak bercuti aka jalan-jalan luar Kelantan. Bukan tiada keinginan tapi keadaan tidak mengizinkan. Semasa di sekolah pun makcik sentiasa teringat-ingat bapa makcik yang terlantar lesu di rumah, mana mungkin untuk makcik tinggalkan semata-mata untuk makan angin. Makcik yakin, setiap ketentuan Allah ada hikmahnya. Inilah peluang keemasan yang Allah kurniakan kepada kami anak-anak untuk menambahkan pahala. Semoga Allah permudahkan. Ameen.

5 comments:

azlanlin said...

Moga-moga nama mokcik idak ler tersenarai dapat kad merah..!
~ keluar padang... :)

Rashid said...

Jagailah ia k ..

Rumah Kuning said...

azlanlin,
Ameen. Taknak main dlm pasukan lain. Bimbang tak dapat bola.hehehe

Rumah Kuning said...

Cikgu Rashid,
InsyaAllah.

Irfa said...

ma pun susah nak dtg sini
sbb mok dah tuo, takut kalu tggl nanti jd gapo2 di kg..