Monday, April 20, 2015

Sebenarnya

Lepas sekolah khamis lepas makcik ke N9 lagi. Sampai lewat mlm/ hampir pagi dan sekali lagi berehat sekejap di Empress. Petangnya selepas solat jumaat di masjid Salak Tinggi (harap maaf kalau tak betul  namanya) kami jemput  budak kecik di TKC yang melompat tak sabar nak  OB. Pastu, beli keperluannya yang bermacam-macam termasuklah rak buku. Malamnya, kami ke rumah SIL dan bermalam di sana. Orang kerja di KL, malam baru sampai rumah. Takde peluang la rasanya  nak minta  tolong ambik makcik kecik di asrama. Sabtu pagi, selepas bye bye ain, bye bye n9,  kami terus balik Klate. Dan macam biasa, perjalanan balik berganda-gandalah letihnya. Dua atau tiga kali berhenti tidur baru sampai rumah.
Opss, petang ahad, SIL yang akan hantar ain balik TKC. Yang ni memang boleh sebab ahad hari deme berehat dan membuta je. Pandai-padai je mengata. Macam le deme tak perlu basuh kain, kemas rumah. Hehehe jangan le diorang jumpa/baca  blog ni.
Ahad, makcik  sekolah macam biasa dan pagi ni Isnin, PK Ko "kabor" nak observe makcik pukul 9.40 pagi  hari ini jugak. Kwang kwang kwang, lesson note hari ni  tak buat lagi. Dah le 7.40 ada kelas. Walau apa pun, OK, bisa diatur buk. Sebelum 9.40 semuanya sudah beres dan dengan  melenggang kangkung makcik masuk kelas dengan diikuti rapat oleh PK Ko. Lantak le, belasah sajalah labu sampailah pada minit terakhir. 
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lega.



Sambungan tajuk en3 :
Makcik Tak Suka Bila Mengajar, Ada Orang Dok Perati Kat Belakang.

Thursday, April 16, 2015

Hujan

Alhamdulillah, setelah sekian lama berpanas, harini hujan turun dengan lebatnya di bumi Panji. Syukur, rumput yang kering kembali basah. Kanak-kanak Ribenna di kelas pun elok je diamnya. Rupanya cuaca pun mempengaruhi tingkahlaku anak-anak Ribennaku. Hehehe
Itu cerita dua hari lepas.
Baru hari ni terpublish. Dua hari lepas, rasa nak tulis panjang lagi. Tapi, rasa macam kemalasan le pulak. Jadi, setakat ini je lah ya.
TQ

Saturday, April 11, 2015

Ramadhan Sudah Hampir

Makcik baru je belek kalender kuda. Rupanya 1 Ramadhan jatuh  pada 18 Jun. Kalau awal/ lewat pun dalam sehari je. Maknanya, dah tak lama la nak masuk bulan puasa kak Jah wei. Terus teringat budak kecik yang dok asrama nun. Macamana la nak bersahur nanti. Harap-harap  dipermudahkanNya segala urusan. First time nak berpuasa, berbuka dan bersahur dengan  kawan-kawan. Sangat mencabar.

Rezeki minggu lepas.
Mil bagi tapai dan pada hari yang sama seorang sedara bagi ketupat
Ehh, mood nak raya dah tiba??? 
Anak-anak dan mak-mak yang belum ganti puasa tahun lepas,  jangan bertangguh lagi ya.
 Masa telah suntuk. Cepat, ganti puasa.

Ok, Assalamualaikum.


Saturday, April 4, 2015

Update La Jugak

Lama tak singgah blog sendiri, apatah lagi nak komen blog kawan-kawan blogger. Nak kata sibuk, memang la sibuk, terutamanya bulan Mac yang lepas. Tapi itu bukan alasannya sebab kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hehehe. Semenjak dua menjak nih, fb pun makcik dah tak berapa layan. Whastapp je yang siang malam berkokok terutamanya group mak-mak anak-anak form 1, TKC. Ada je benda mak-mak update. Jadi, semua cerita dan aktiviti anak-anak dalam pengetahuan mak-mak di rumah. Jangan la anak-anak nak cakap markah sejarah belum dapat, markah BM belum dapat. Mak-mak dah siap-siap tahu apa yang dah dapat, apa yang belum. Kejap-kejap ada yang update, petang ni anak-anak kita ada latihan itu, latihan ini, esok OH dari jam 12 - 5. Atau saya dah ada dekat gate, kalau nampak sila tegur. Sangat meriah dan penuh informasi. Itu belum lagi dicampur dengan bermacam-macam group lain yng asyik berkokok. Agaknya sebab leka dengan whatsapp-whatsapp itulah makcik dah seakan melupakan blog yang sebenarnya makcik sayang ini.

Awal-awal tahun ni, aktiviti koko semestinya sangat la rancak. Kelas tambahan pun sudah bermula. Hari ni (Sabtu) ada in house training di villa daniella. Sabtu lepas mesyuarat agong  PIBG. Esok bermula jam 2 ptg ada rundingcara dgn ibubapa dan majlis anugerah cemerlang SPM. Minggu ni juga, 2 hari dah sah-sah makcik kena balik lambat sikit sebab ada kelas tambahan. Takpe, tarik nafas, lepassss. Senyum.

Kita beralih pula kepada cerita GST. Petang tadi, makcik beli 2 kotak makanan tambahan. Sebelum sampai rumah penjual, dia dah whatsapp, kak, !@##$$% kena GST. Makcik tak balas pun sebab dah nak sampai rumah penjual. Sampai sana, ambik barang, ambil bil, takde pun tulis GST. Tapi, harga biasa yang makcik beli sebelum-sebelum ni RM397. Hari ni dah jadi RM421.  Dengan 24  hinggit lebih dari biasa. tu dah boleh dapat 4, 5  pinggan nasi. Betul tak? Tanpa membuang masa, makcik terus berkira-kira. Berapa agaknya makcik kena bayar GST dalam sebulan? Uwaaaaa.... terus takde mood nak menulis.

Assalamualaikum.