Monday, April 20, 2015

Sebenarnya

Lepas sekolah khamis lepas makcik ke N9 lagi. Sampai lewat mlm/ hampir pagi dan sekali lagi berehat sekejap di Empress. Petangnya selepas solat jumaat di masjid Salak Tinggi (harap maaf kalau tak betul  namanya) kami jemput  budak kecik di TKC yang melompat tak sabar nak  OB. Pastu, beli keperluannya yang bermacam-macam termasuklah rak buku. Malamnya, kami ke rumah SIL dan bermalam di sana. Orang kerja di KL, malam baru sampai rumah. Takde peluang la rasanya  nak minta  tolong ambik makcik kecik di asrama. Sabtu pagi, selepas bye bye ain, bye bye n9,  kami terus balik Klate. Dan macam biasa, perjalanan balik berganda-gandalah letihnya. Dua atau tiga kali berhenti tidur baru sampai rumah.
Opss, petang ahad, SIL yang akan hantar ain balik TKC. Yang ni memang boleh sebab ahad hari deme berehat dan membuta je. Pandai-padai je mengata. Macam le deme tak perlu basuh kain, kemas rumah. Hehehe jangan le diorang jumpa/baca  blog ni.
Ahad, makcik  sekolah macam biasa dan pagi ni Isnin, PK Ko "kabor" nak observe makcik pukul 9.40 pagi  hari ini jugak. Kwang kwang kwang, lesson note hari ni  tak buat lagi. Dah le 7.40 ada kelas. Walau apa pun, OK, bisa diatur buk. Sebelum 9.40 semuanya sudah beres dan dengan  melenggang kangkung makcik masuk kelas dengan diikuti rapat oleh PK Ko. Lantak le, belasah sajalah labu sampailah pada minit terakhir. 
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lega.



Sambungan tajuk en3 :
Makcik Tak Suka Bila Mengajar, Ada Orang Dok Perati Kat Belakang.

2 comments:

Irfa said...

Sabtu Ahad juga hari membuta bagi saya, haha, lepas subuh, sidai kain, sambung tido, bangun masak utk lunch, no bekfes, itu pun kalau masak, kalau malas. start keta, makan kat kedai

Rumah Kuning said...

irfa, biasa la tu. Ganti sbb 5 hari lain tak puas tido. hehehe