Monday, October 5, 2015

5102015



 Comelnya tarikh hari ni. Nak jugak buat n3 padahal takde apa pun yang nak dicerita. Cerita la jugak apa-apa pun. Tengah hari tadi makcik dan SUP pergi ambil BJ, JOB dan SKAT SPM  di Bilik Kebal PPD. Uwa...28 hari lagi periksa SPM. Sebelum ke PPD, masuk kelas seperti biasa dan balik dari PPD sempat lagi masuk satu kelas. Itu pun nak cerita. Hehehe OK beres.
Cerita kelmarin la pulak. Pagi ada solat hajat di dewan sekolah. Bacaan Yassin yang diadakan setiap pagi dari awal tahun ditangguhkan sementara waktu. Sebagai gantinya setiap ahad diadakan solat hajat. Lepas tu, ada penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kreativiti dashboard, vle Frog. Makcik telah dipaksa untuk menyertainya. Tu yang ada pic terima hadiah dari pengetua. Kemuncaknya adalah penyampaian hadiah kepada  murid-murid yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Pukul 2.15 diadakan mesyuarat post mortem Percubaan SPM. Result percubaan dah OK. Alhamdulillah. Dan didoakan semoga periksaaan sebenar nanti laaaagi OK. Aamiin.
Gemuknya makcik itu.

Ok Assalamualaikum.

No comments: