Monday, November 7, 2011

Raya Kedua

Alhamdulillah kelmarin beraya dengan cuaca yang amat baik. Kanak-kanak bebas berlarian dgn baju baru dan orang dewasa tidak perlu berbasah melapah lembu. Seekor lembu berjaya dikorban. Semoga diterima Allah hendaknya. Kali ni, takde lembu menjadi model di blog ni. Malas nak ambik pic lembu bertuah.
Kelmarin, lepas sembelih, bagi bagi daging, masak, makan. Semua tu berlangsung di rumah biasa, bukan di rumah kuning. Lepas zuhur pergi rumah MIL, petang balik dan malam tidur. Hari ni macam sunyi je. Tak nampak pun budak-budak pakai baju raya. Orang tua lagi le. Ihhh... rasa macam beraya di k.lumpur le pulak.

2 comments:

HappyIrfa said...

pada saya raya kat KL tak meriah dengan orang tapi meriah dengan makan-makan..sbb menu penuh meja

Rumah Kuning said...

raya hj di sini tak byk kuih raya. kebanyakan rumah hidang nasi, nasi, nasi.