Wednesday, September 2, 2009

Kasih.... Sayang....Buktikan!!!

Boleh dikatakan setiap ptg di bulan Ramadhan ini, kami akan meronda ke pasar Ramadhan atau sekadar mengambil angin petang.Rasionalnya supaya si kecil ini tidak bising .... lapar... lapar... lapar. Dan dua tiga hari lepas, sedang saya menunggu suami membeli juadah di pasar Ramadhan, tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan usia 30an melintas di hadapan saya. Punyalah seksinya hingga malu untuk saya melihatnya. Berseluar ketat dari kain nipis yg mungkin lebih nipis dari kain baju pagoda, berbaju singkat, ketat yg mungkin dari kain yg sama. Dgn body XL, saya rasa bercupak-cupak mata tidak melepaskan peluang melihat perempuan yang seolah-olah telanjang di khalayak ramai ketika umat Islam sedang berpusu-pusu membeli juadah di pasar Ramadhan. Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan bukan sahaja bentuk tubuh yg begitu murah diperlihatkan kepada umum tetapi juga dengan selulit-selulitnya sekali dipamirkan. Sungguh mengaibkan.
.............
Sejak akhir-akhir ini terlalu ramai anak-anak muda, ibu-ibu atau para isteri yang berpakaian jauh dari menepati kehendak Islam. Terlalu ramai saudara seIslam kita yang walaupun bertudung tetapi berseluar ketat dan berbaju nipis lagi singkat. Kepada sang suami, tidakkah wujud kasih dan sayang anda kepada sang isteri sehingga anda bersikap sebegitu dayus membiarkan susuk tubuh isteri sendiri menjadi tontonan umum???. Kepada para ibubapa, kenapakah anda sanggup membiarkan benih cinta anda mendedahkan diri kepada fitnah di dunia dan kemurkaan Allah semestinya??? Tiada lagikah kakak-kakak atau abang-abang yang prihatin untuk menegur salah silap adik-adik yang menyimpang dari landasan yang sepatutnya??? Buktikan kasih sayang kita kepada orang-orang tersayang dengan membimbing mereka melalui jalan yang diredhai Allah.

6 comments:

Abang Long said...

Inilah punca masalah maksiat semakin berleluasa

Rumah Kuning said...

abang long,
mungkin salah satu daripada puncanya.

Nurul Nadiah said...

betol2, la ni sakit mana dah tengok pakaian2 orang2 sekeliling kita =(

rumah kuning said...

nadia,
entah le...apa nak jadi dgn umat Islam kita.Sepatutnya pakaian kita berbeza dgn org lain.sekarang ni yang membezakannya...kita malas, lemah...

echah_syed said...

wow seksi tuh :p

rumah kuning said...

sangat2 seksi