Friday, August 28, 2009

Sebaiknya Bersederhana

Untuk hidangan berbuka, apa sahaja makanan nampak sedap. Jadi, saya tidak perlu berfikir panjang untuk mencari menu yang menyelerakan. Berlainan semasa bersahur, rasanya tiada makanan yang membuka selera terutamanya bagi budak darjah satu di rumah kuning ini. Namun bersahur banyak pahalanya dan tidak wajar ditinggalkan walau sekadar menjamah sebiji kurma dan segelas air.


Wednesday, August 26, 2009

Patut ke?

acapkali......

Hello...Puan, saya dari Syarikat..... bla bla

Hello.....Puan dijemput untuk menghadiri .......percuma..... bla bla

Hello.....Saya sedang membuat kajian mengenai...... mula-mula kajian, lepas tu menjual itu, ini

Hello....Ini Puan.......ke? Puan ada pakai kad kredit ke?....... bla bla

Masalahnya bila mereka dah mula bercakap, sangat panjang lebar dan kadang-kadang sangat sukar untuk berhenti. Sangat tidak suka dengan promosi melalui telefon begini.
Dan sebab itulah saya teramat jarang menjawab telefon dari orang yang tidak dikenali. Pendekata kalau tiada nama yang terpapar di skrin telefon, tak berangkat le telefon tu. Sorry.....


Masih sakit kaki. Dah tiga kali berurut dgn dua orang tukang urut.Tapi masih tak OK.

Monday, August 24, 2009

Lega


Syukur
proses menanda skrip jawapan
sudah selesai dengan jayanya.
Alhamdulillah.

Dari Putih, Biar Putih

Semua kita dilahirkan ke dunia putih bersih tanpa noda dan dosa. Seterusnya sedikit demi sedikit noda dan dosa menjadikan hidup kita kelabu atau hitam. Walaupun ibubapa, rakan-rakan, keadaan persekitaran dan sebagainya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap keputihan diri kita, namun sebagai manusia berakal usahkan kita menuding jari kepada orang lain kerana berubahnya warna kita. Muhasabah diri, tanpa bahan pencuci / clorox, berusahalah untuk menghilangkan titik kelabu atau hitam itu dengan taubat dan amal ibadat. Dekatkanlah diri kita kepada Allah dan usah menunggu esok untuk bertaubat. Percayalah....Sesungguhnya Allah amat menyayangi kita.
(n3 pertama di rumah kuning)

Friday, August 21, 2009

Paksa Diri Vs Manja Diri

Orang cakap kalau nak maju/ berjaya mesti paksa diri dan tak boleh manjakan diri.
Jadi, kalau masih belajar, mesti paksa diri mengulangkaji sebanyak dan se"smart" mungkin. Kalau telah bekerja, paksa diri supaya bekerja serajin dan sededikasi mungkin. InsyaAllah dengan usaha murni dan niat yang ikhlas, segala yang kita hajati akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Hari ni, hari pertama cuti pertengahan penggal kedua. Ini bermakna jumlah hari persekolahan th ini hanya tinggal sesuku lagi untuk berakhir. Dan hari ini saya telah memaksa diri melipat segala kain baju yang lebih seminggu berlonggok, mengemas rumah yang telah hampir menyerupai tongkang pecah, memasak a.k.a membasahkan dapur yang mana akhir2 ini dapurku asyik kekeringan sesaja. Bermula esok, saya akan memaksa diri menanda kertas peperiksaan percubaan PMR yang kami terpaksa serahkan esok, lusa, tulat, tubin 25 Ogos 2009. Sesungguhnya bab menanda kertas ini, memang kami telah dipaksa...... uwa...
Ingatkan cuti2 ni boleh le kita memanjakan diri. Tak adanya...

Banyaknya Bunga

Tahniah kpd adik ipar yg menerima ijazah 16 Ogos lepas.
Dibawa ke restoran nelayan.

Friday, August 14, 2009

Alahai...

Hehehe.... buat-buat gelak. Banyak kerja sekolah yang belum beres. Tak berapa boleh untuk bersenang-senang apatah lagi utk bersuka ria. Walaupun sekarang kami anak-beranak berada di Kuala Lumpur...... uwaa.

Lebih menghambarkan kunjungan kali ini adalah kerana tersilap tempah hotel. Inilah padahnya hanya membuat tempahan beberapa minit sebelum bertolak.Masa nak check in jam 2.00 ptg tadi, disuruh tunggu lagi 20 minit dengan alasan bilik belum kemas. Beberapa minit menunggu, kami diberi kunci. Sampai di bilik di tingkat 14 itu, adik cleaner baru nak mula mengemas. Panasnya hati..... Nasib baik adik cleaner tu baik hati, kesiankan kami anak beranak yg masing-masing keletihan. Masa dia membersih bilik air, dijemputnya kita masuk berehat di katil.

Sebenarnya hotel dan biliknya ok, cuma terletak di kawasan yang agak menakutkan. Ramainya orang asing berniaga di sekitar hotel ini. Sebenarnya masa nak buat tempahan, tengok dekat dgn Hentian Putera ( The Mall sebenarnya...hehehe ), dekat dgn Jln TAR, ada swimming pool, bilik pun lawa, ok beres. Sampai-sampai tadi, oh oh oh kat sini rupanya...kurus semangat.

Tadi letih sangat, masuk bilik terus baring. Takde mood nak ambik pic bilik ni. Dan sekarang, dah jadi macam tongkang pecah, tak lawa nak ambik gambar.



Petang tadi hujan. Jadi tak boleh nak berendam di kolam walaupun dah janji dgn Ain. Dan sekarang ni dia tengah merajuk. Sampai tak nak keluar makan. Hehehe

Wednesday, August 12, 2009

Ujian Datang Dan Pergi

Usaha, Doa dan tawakkal.
Semoga kita dijauhi dari segala perkara yang tidak diingini.
(Kredit untuk Rhea Scarlet)
klik pada pamplet untuk paparan yg lebih jelas.




Tuesday, August 11, 2009

Nak Lagi...

Kawan saya dah sihat walafiat. Alhamdulillah.
Hari ni saya nak berkongsi ( gambar je) sejenis makanan yang telah saya nikmati malam tadi. Namanya Chim Chum. Ala2 steamboat tapi yang membezakannya di tengah bekas chim chum ini ada tempat untuk memanggang ayam, sotong dan sebagainya. Api/bara yang marak dibawahnya menyebabkan lauk yang dipanggang akan masak dengan cepat.
Masih putih bersih sebab proses memanggang baru bermula
Cerek yang mengandungi sup. Bila dah surut, tambah lagi...
Chim Chum ini dihidangkan dlm bentuk buffet. Macam-acam ada. Jadi, pilih je mana yang berkenan.
Sos pedas dan sos manis

Sudah semakin hitam menandakan telah banyak lauk yang dipanggang.

Tak nak bangun ke???
Apa pun sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


Sunday, August 9, 2009

Manakan Sama Si Dia Seorang

Best friend saya demam teruk. Dah 2 x bawak jumpa Dr. Dua tiga hari ok kemudian demam balik, Kesian dia dan kesian saya....dah tak boleh minta tolong. Saya tidak dapat upload gambar sekitar hari keluarga sabtu lepas dek kedemaman best friend a.k.a laptop saya. Nasib baik ada si kecik ini. Tapi biasa le si kecik, bukan boleh buat kerja setangkas best friend saya.



sedikit musykil le.... bil letrik bulan ni RM300 +

Wednesday, August 5, 2009

Cerita Terkumpul

Ahad demam ... MC sehari je w pun hari2 selepas tu masih lagi kurang sihat. Makcik dah tua....sebenarnya.

Isnin lepas dapat jadual baru.Satu perkara yg sangat biasa.Tapi nak cerita jugak sebab cp dapat satu kelas lagi kelas periksa....ting 5. Sebelum ni dah ada 3 kelas ting 3. Jadi 4 kelas semuanya kawan2 sekelian. hehehe

Kelmarin, Selasa suami call dari KL. Juga perkara yang sangat biasa. Tapi nak cerita jugak sebab dikhabarkan cermin kereta kena pecah dan ada sedikit barang telah dicuri. Sedikit barang yang dicuri + cermin kereta yang telah dipecah = banyak jugak jumlahnya RM yg terpaksa dikeluarkan bagi orang yang dhaif seperti cp ini. Ada sesiapa nak bagi derma???

Hari ni Rabu, pagi2 dina lagi SMK Panji telah didatangi oleh beberapa orang pegawai dari JPN. Seperti biasa, check macam-macam fail, masuk kelas dan seumpamanya. Nasib baik hari ni cp ada taklimat di BTPN P. Chepa. hehehe.

Setakat ini dulu. tq

Saturday, August 1, 2009

Dekatnya....

Pagi tadi CP terima SMS ini:
Salam. Nak bagitau, Firdaus 5A tahun lepas meninggal semalam. - Azi (5A 2008)

Saya reply:
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Accident ke?

Azi:
Kawan-kawan cakap mati mengejut.
@
@
Tanpa mengira usia, dekatnya kita dengan mati. Al Fatihah untuk Allahyarham.