Wednesday, August 5, 2009

Cerita Terkumpul

Ahad demam ... MC sehari je w pun hari2 selepas tu masih lagi kurang sihat. Makcik dah tua....sebenarnya.

Isnin lepas dapat jadual baru.Satu perkara yg sangat biasa.Tapi nak cerita jugak sebab cp dapat satu kelas lagi kelas periksa....ting 5. Sebelum ni dah ada 3 kelas ting 3. Jadi 4 kelas semuanya kawan2 sekelian. hehehe

Kelmarin, Selasa suami call dari KL. Juga perkara yang sangat biasa. Tapi nak cerita jugak sebab dikhabarkan cermin kereta kena pecah dan ada sedikit barang telah dicuri. Sedikit barang yang dicuri + cermin kereta yang telah dipecah = banyak jugak jumlahnya RM yg terpaksa dikeluarkan bagi orang yang dhaif seperti cp ini. Ada sesiapa nak bagi derma???

Hari ni Rabu, pagi2 dina lagi SMK Panji telah didatangi oleh beberapa orang pegawai dari JPN. Seperti biasa, check macam-macam fail, masuk kelas dan seumpamanya. Nasib baik hari ni cp ada taklimat di BTPN P. Chepa. hehehe.

Setakat ini dulu. tq

12 comments:

kuIna said...

itu la kesannya... brg yg diambil nilainya tak seberapa tp cermin tu nilainya lebih..

TokNabe said...

Banyak dugaannya. Tak kita yang kena ada orang lain yang kena.

arsaili said...

salam ..takziah diatas musibah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian

Kujie said...

Tak sihat ye...minum byk air. Skrg ni nak sedut oksigen pun takut..huhu..mcm2 yg masuk dlm paru2 kita, kan...

mgkn org tu lalu, ternampak sesuatu yg berharga...skrg ni SmarTag pun tak boleh letak kat luar, kena sorok.

Kitaran - yang hilang berganti...tiada yg abadi.

cikgu panji said...

kuina,
setakat itu je rezeki kita. redha je....

cikgu panji said...

toknabe,
begitulah kerja buat segelintir penghuni bumi bertuah ini.. sebab tu lah bila sesekali mereka tertangkap, lembek dikerjakan orangramai.

cikgu panji said...

arsaili,
t kasih.peringatan dari yg maha esa

cikgu panji said...

kujie,
Terimakasih diatas ingatan.
Allah tarik sikit.mungkin Dia nak bagi lagi banyak.

Abeli Rosli said...

asalm...muga sejahtera selalu... aloo la cikgu wei...hidup kita ni sekejap jah... rezeki allah tu datang dan pergi... datang membawa rahmat.. pergi membawa kenikmatan atau kesukaran... pilihan di tangan kita ... bersabar adalah segala benteng yang kuat untuk kita menikmatinya... tetapi kena ingat kita akan menempuh keperitan..hidup.. ayahnda pernah berkata " kita datang dari surga hendak kembali ke surga..pasti betemu neraka "... allahuaklam..

cikgu panji said...

abelitokjoro,
terima kasih diatas ingatan dan perkongsian.

cikgu jue said...

takpe la kak, bukan rezeki kita.... semua tu pasti ada hikmahnya.... redha je la....

cikgu panji said...

jue mj,
nampaknya begitulah yg sebaik-baiknya