Sepanjang berada di sana, rombongan Ash-Har Travel (saya ke Mekah dgn Ash-Har Travel)telah dibawa melawat banyak tempat. Antaranya:
Jabal Thur - Di bukit inilah terletaknya gua thur, tempat Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan berhijrah ke Madinah.
Jabal Rahmah - Terletak di Arafah dan dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas dikeluarkan dari syurga. Ramai orang berdoa minta jodoh di sini.
Dalam perjalanan, kami melewati Jabal Nur yang terletaknya gua Hirak. Sebuah gua yang bersejarah kerana disinilah Rasulullah menerima wahyu yang pertama. Kami tidak berhenti di sini dan pic ini diambil dari dalam bas.

Di kebanyakan tempat yang biasanya dikunjungi oleh para jemaah haji & umrah akan ada unta berhias yang sedia untuk ditunggangi.
Di ladang unta yang terletak di tengah padang pasir yang kering kontang. Aikk....tak nampak pun unta. Tapi, first time merasa susu unta.... Sangatlah sedap.
Besarnya pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad saw terhadap umat Islam...terhadap kita semua.
4 comments:
Salam..
Nampak unta berhias tu, teringat yang kalau nak bergambar dengan unta tu kena bayar dulu. hehehe
kak long mawar merah,
betul tu. mahal bayarannya
bila la boleh menjejak kaki di tanah suci tu.....?
jue mj,
InsyaAllah akan sampai masanya nanti.
Post a Comment