Tuesday, July 27, 2010

Air Mata Seorang Ibu

Baru-baru ini ada majlis konsultasi bersama ibubapa dan guru bagi murid-murid ting 1, 2 dan 4. Yang ramai datang untuk berbincang dengan guru-guru adalah ibubapa kpd murid-murid kelas depan aka kelas pandai. Bagi kelas belakang dan merasa diri bermasalah, tak ramai ibubapa yang datang.

Setelah dipujuk rayu dgn janji akan dikenakan tindakan kpd murid-murid yang ibubapa mereka gagal hadir, kelmarin dan hari ini beberapa orang ibubapa telah datang. Mungkin esok akan ada lagi ibubapa yang datang. Terimakasih kerana keprihatinan semua.

Yang bestnya ramai ibubapa yang ambil peluang membayar yuran. Sebelum ni dah berbuih mulut, saya minta dengan anak-anak mereka tapi tidak dilayan. ( Lupa nak cakap...saya adalah salah seorang guru kelas belakang ) Dan yang lebih besttt lagi, saya dapat cerita semua masalah dan pe'el perangai anak-anak mereka semasa berada di sekolah. Puashati.... hehehe

Walaupun begitu, yang sedih dan sayu pun ada juga. Macam pagi tadi, seorang ibu laju je bercerita: Tak tahu le cikgu. Dulu dari sekolah lama, saya tukar ke sini dengan harapan dia berubah. Tapi tak berubah juga. Hisap rokok, malas, bla bla bla.......dan akhirnya menitis air mata sang ibu. Sangat kasihan. Ok saya berhenti di sini dahulu sebelum anda semua turut bersedih. Jom kita layan pic di bawah.


4 comments:

wid said...

c.su.... sengaja membakar ni... cuba la letak gambar pokok pauh ngan pokok jambu air yg dah ditebang tu.... ha3..

rumah kuning said...

wid,
sekarang ni musim buah strawberi ngan anggur kuning ni. mesti le kita nak iklan di sini. pauh ngan jambu air mana ada keelasss... hehehe

echah_syed said...

mintak...! ^.^

rumah kuning said...

combi,
sampai sabah dah kecut mcm dulu. hehehe