Thursday, March 31, 2011

Semoga Kerja Buat Kita Membuahkan Pahala

Hari ni pergi sekolah selepas dua hari mc. Makcik tak sihat. Demam and "sumbat (baca dgn sabdu sikit) otak. Alhamdulillah pendaftaran dah sent dua mlm lepas. Analisa segala bagai result tu pun dah beres. Harap-harap tak terjadi bila orang pegang tak sampai dua minit, dah nampak salah dan silap. Sinopsis buku pun dah hantar hari ni, hari terakhir wei.... Alhamdulillah.... Lega sekejap. Lepas ni macam-macam lagi kena buat. Nak kena "borangkan" mejoh ambik subjek apa, temah ambik subjek apa, kelas A berapa org ambik Geog, berapa org ambik PSV, kelas B berapa org ambik P. Akaun, berapa orang ambik Pedagangan, list semua-semua tu. Nak buat itu, nak buat ini. Esok bila orang tanya, ceee...tunjuk je senarai yang dah lengkap padat.




Fuhhh....Besarnya harga sebuah ketenangan. Tidak boleh dibeli dgn wang berbakul (berbakul...mentanglah sekarang ni musim durian)

Tuesday, March 29, 2011

Jangan Buat 2x lah Macam Ni

Semasa khusyuk mengajar kelas tambahan kelmarin, ada suara halus menelefon (kawan sekelas Ain, ibunya kawan saya, mengajar di sekolah menengah bersebelahan SK Sering). "Ain takde kelas fardhu ain hari ni." Masa tu dah hampir 2.30 petang. Terus potong stim nak ngajar. Otak mula berkira-kira. Kalau takde fardhu ain, maksudnya Ain habis sekolah jam 12.45. Dah lama le dia menunggu. Telefon my dad minta tolong ambil Ain segera. Beres. Terus mengajar hingga tamat tempoh sejam yang dijadualkan.


Seterusnya balik rumah setelah singgah tujuhlapan minit beli nasi di pertengahan jalan. Belum pun masuk rumah, my dad balik tanpa ain. "Dah cari segenap ceruk SK Sering...tapi tak jumpa pun Ain". Oh..oh..oh.. pulak dah!!!! Nasib baik masa tu en. suami sudah balik dari sekolah, baru sampai. Selepas solat, kami suami isteri terus ke SK Sering.


Cari segenap ceruk sekolah, intai kedai-kadai berhampian, cari di sekolah menengah berdekatan. Takde..... Dalam hati "kenapa Ain tak cakap pun takde fardhu ain hari ni. Buku, telekung dan semua kelengkapan fardhu ain semua dibawanya pagi tadi". Tanya murid-murid yang sedang bermain di kawasan sekolah. "Budak tahun 3 takde fardhu ain hari ni, cikgu umum tadi." Bertanya "jaga", bertanya dua tiga orang cikgu tapi semuanya menghampakan.


Terserempak dengan guru besar yang baru masuk ke kawasan sekolah. Mungkin ada urusan di luar atau dah balik tapi datang semula ke sekolah. Tanya kenapa tak cakap awal takde fardhu ain hari ni. En. suami siap cakap, "takleh wat lagu ni. budak dah tunggu lama. Anak saya takdak ni. dah cari merata2, tapi tak jumpa" Bla...bla...bla tapi dengan suara yang masih terkawal. Ya Allah...dah tak tahu nak cari kat mana. Jaga cakap, "kat atas-atas (tingkat atas) pun dia dah cari tapi takde". Jam dah pukul 3 lebih. Ke hulu ke hilir, ke depan, kebelakang.....Tiba-tiba abang telefon, Ain dah balik. Ada orang hantar. Fuhhh...Alhamdulillah. Maklum kepada guru besar dan terus balik.

"masa budak-budak tengah ambil air sembahyang, cikgu umum takde fardhu ain. Pahtu ain tunggu ngan intan. Lamaa Ain tunggu. Public phone semua tu rosak, takleh telefon. Masa ayah intan mari, intan ajak ikut dia. Ayah intan singgah rumah dia dulu. Mak intan bagi air teh tapi ain tak minum sebab pagi tadi kae ain bawa air teh dah". --Ain

Thursday, March 24, 2011

Ehh Ada Blog......

Huhhh lama tak update blog. Bulan Mac sangat padat dengan kerja-kerja yang perlukan ketelitian dan tumpuan paling maksima. Apa lagi kalau bukan kerja mendaftar calon SPM dan kerja menganalisa keputusan exam SPM. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar tanpa salah dan silap. InsyaAllah.... Tak nak cerita pasal kerja banyak-banyak. Cerita pasal jalan-jalan lagi best. hehehe

Khamis minggu lepas pergi kenduri di Pinang. Apa nak cerita ya... Cukuplah saya katakan lain padang lain belalang. Tapi... cuaca di Pinang panasss. Dari pinang terus ke Taiping. Ronda-ronda mana yang patut, masuk night safari yang terpaksa menunggu dan beratur panjang dek ramainya orang. Dan macam biasa Ain akan berendam tak ingat dunia. Esoknya, menghala pula ke Ipoh. Ronda-ronda lagi dan Ain berendam lagiiii. Sabtu, balik melalui Simpang Pulai dan akhir sekali menyertai rombongan pengantin di Jeli.
Seri Malaysia, Taiping


Seri Malaysia Ipoh

Wednesday, March 16, 2011

Asal Cuti Je, Tanda Skrip Periksa

Asal cuti je, tanda skrip periksa 5X. Sangat kasihan pada rakan-rakan sekerja terutamanya pada diri sendiri. Jenuh membahagi masa di tengah-tengah kepadatan kenduri kendara yang teramat banyak ini. Takpe..... menanda tu kerja kita, kerja cikgu.... gaya memujuk sambil tepuk=tepuk belakang. hehehe Dalam kegigihan menanda beberapa hari lepas, tiba-tiba timbul kekaguman sebab terjumpa jawapan yang semuanya betul. Fuhh...hebat jugak anak muridku. Serta merta membelek kertas untuk mencari nama calon. Oh....patut le....skema jawapan saya a.k.a jawapan yang saya tanda sendiri. Haru betul....hehehe
Walau bagaimana pun, Alhamdulillah diberi peluang menanda skrip periksa.

Dengan ini diumumkan, proses menanda kertas sudah selesai dengan jayanya malam tadi. Subuh-subuh sepein esok, kami akan bertolak ke Pinang. Kenduri lagi.....

Tuesday, March 15, 2011

Musim Cinta Berbunga-bunga

Kelmarin, seharian berada di sini. Letih kekenyangan asyik makan, makan dan makan. Pic tak cantik sebab hanya guna handphone cap ayam. Dan juru kameranya Ain. Kalau mak dia yang ambik, maybe cantik le sikit. hehehe



Rina, Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia selamanya.


Kesian Ikan Kecil

Sebab biasanya akan menjadi makanan ikan besar



Sunday, March 13, 2011

Ain : Ummi, kenapa Masa Cuti Sekolah Ramai Sangat Orang Buat Kenduri

Dan kita pun buat-buat sibuk. hehehe

Yang bertunang hari ni.
SIL tgh cium tangan bakal mak mentuanya.


esok kelas tambahan lagi. uwaa....

Saturday, March 12, 2011

Kita Hanya Mampu Berdoa

Malam tadi ke Sri Pantai, Melawi sebab bebudak panji ada aktiviti bersama murid-murid dari beberapa buah sekolah berhampiran. Masa saya sampai, diorang tengah makan malam. Pastu solat Isyak berjemaah. Kemudian, jurulatih membuat pengumuman supaya semua peserta berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Tiba-tiba ribut datang dengan agak kuat dengan pasir menerpa memasuki mata. Dua tiga minit kemudian, hujan pula turun yang memaksa kami bertempiaran mencari tempat berbumbung.
Di blok sebelah, ada aktiviti hari keluarga dan mereka tengah rancak berkaroake. Tiba-tiba blackoutlah pulak. Tidak lama selepas itu, kumpulan yang tengah berkaroake itu berlari-lari dengan beg besar dan beg kecik masing-masing, dengan baju berkerlip-kerlipan menuju ke kereta dan memecut meninggalkan chalet. Kelam kabut diorang keluar dari chalet. Sungguh suspen.... Sebenarnya saya telah mengetahui pasal gempa bumi di Jepun. Mungkinkah...mungkinkah??? Dah le chalet ni betul-betul tepi pantai. Na'uzubillah.
Kami masih lagi bergelap dengan angin yang kuatlah jugak. Dan akhirnya penganjur mengambil keputusan untuk membawa keluar semua peserta yang saya rasa melebihi 200 itu keluar dari chalet kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Jam 12 lebih, kami bertiga beranak sampai di rumah.
Sebelum 8.30 pagi tadi, saya telah terpacak di dalam kelas. Makcik ada kelas tambahan hingga jam 12 tengahari.


Ayu, mira, t kasih kerana membantu saya mengira tujuhlapan kali bebudak panji. Sangat bimbang, takut tak cukup/tercicir.

masih hujan......sejuk.

Sunday, March 6, 2011

Marah Bukan Bererti Benci

Di sebuah bilik darjah ketika peperiksaan sedang berjalan.
Mamat memberitahu/bercakap sesuatu kepada Minah.
Saya : Mamat, jangan bercakap.
Mamat tarsengih-sengih dan berhenti bercakap.
2, 3 minit kemudian, Minah pula berbalas-balas cakap dengan Mamat.
Saya: Minah, tengah periksa jangan bercakap.
Minah tersengih-sengih dan berhenti bercakap.
1, 2 minit kemudian, Mamat bercakap lagi dengan Minah.
Punyalah panas hati saya bak makan sup "anak tebuan" terlebih halia.
Saya : Mamattt.... kalau saya tampar mulut awak, malu nanti.
Mamat : OK..... OK.
Kelas kembali sunyi.



Malam tadi Mamat SMS saya, tajuk apa yang akan keluar dalam periksa hari ni.

Friday, March 4, 2011

Hilang Kata






Gelap, cerah, berbunga, berbuah, panas, gugur, kambing, ayam, macam-macam ada...........
Dan mood semasa
v