Tuesday, March 29, 2011

Jangan Buat 2x lah Macam Ni

Semasa khusyuk mengajar kelas tambahan kelmarin, ada suara halus menelefon (kawan sekelas Ain, ibunya kawan saya, mengajar di sekolah menengah bersebelahan SK Sering). "Ain takde kelas fardhu ain hari ni." Masa tu dah hampir 2.30 petang. Terus potong stim nak ngajar. Otak mula berkira-kira. Kalau takde fardhu ain, maksudnya Ain habis sekolah jam 12.45. Dah lama le dia menunggu. Telefon my dad minta tolong ambil Ain segera. Beres. Terus mengajar hingga tamat tempoh sejam yang dijadualkan.


Seterusnya balik rumah setelah singgah tujuhlapan minit beli nasi di pertengahan jalan. Belum pun masuk rumah, my dad balik tanpa ain. "Dah cari segenap ceruk SK Sering...tapi tak jumpa pun Ain". Oh..oh..oh.. pulak dah!!!! Nasib baik masa tu en. suami sudah balik dari sekolah, baru sampai. Selepas solat, kami suami isteri terus ke SK Sering.


Cari segenap ceruk sekolah, intai kedai-kadai berhampian, cari di sekolah menengah berdekatan. Takde..... Dalam hati "kenapa Ain tak cakap pun takde fardhu ain hari ni. Buku, telekung dan semua kelengkapan fardhu ain semua dibawanya pagi tadi". Tanya murid-murid yang sedang bermain di kawasan sekolah. "Budak tahun 3 takde fardhu ain hari ni, cikgu umum tadi." Bertanya "jaga", bertanya dua tiga orang cikgu tapi semuanya menghampakan.


Terserempak dengan guru besar yang baru masuk ke kawasan sekolah. Mungkin ada urusan di luar atau dah balik tapi datang semula ke sekolah. Tanya kenapa tak cakap awal takde fardhu ain hari ni. En. suami siap cakap, "takleh wat lagu ni. budak dah tunggu lama. Anak saya takdak ni. dah cari merata2, tapi tak jumpa" Bla...bla...bla tapi dengan suara yang masih terkawal. Ya Allah...dah tak tahu nak cari kat mana. Jaga cakap, "kat atas-atas (tingkat atas) pun dia dah cari tapi takde". Jam dah pukul 3 lebih. Ke hulu ke hilir, ke depan, kebelakang.....Tiba-tiba abang telefon, Ain dah balik. Ada orang hantar. Fuhhh...Alhamdulillah. Maklum kepada guru besar dan terus balik.

"masa budak-budak tengah ambil air sembahyang, cikgu umum takde fardhu ain. Pahtu ain tunggu ngan intan. Lamaa Ain tunggu. Public phone semua tu rosak, takleh telefon. Masa ayah intan mari, intan ajak ikut dia. Ayah intan singgah rumah dia dulu. Mak intan bagi air teh tapi ain tak minum sebab pagi tadi kae ain bawa air teh dah". --Ain

8 comments:

pB said...

supo nok tubek jatung kalu anok anok hilae nie

Bint Lazim said...

adehhh sepatutnya ayah intan call che sue. and cikgu2 kena inform awal. tubik sngoti jantung main hilang2 ginih haha

rumah kuning said...

pB,
tu la.... nasib baik ayah kawannya tuh gi antar pukul tiga lebih. kalu buat dia hantar betul2 pukul 4.30 (waktu kelas fardhu berakhir), rasanya ada mengamuk kat sekolah tu.

rumah kuning said...

nor,
lepas balik tu ain senyap je. takut kena marah bekalih.tapi nak marah kat dia pun takleh jugak. lama sgt dia menunggu. kalu dia tak ikut intan, dia kena menunggu sorang2. ptg tu dia tak sir gi rumah mek. takut kena ngepek, katanya....hehehe

hani@debumelukut said...

sekolah tu kalau nak batal kelas pun kena umumkan awal2, sehari lebih awal ke..tak la jadi mcm ni.

rumah kuning said...

hani,
betul tu.kalu sejam lagi tak jumpa, ada orang yg mengamuk rasanya. hehe macam le berani sangat.

yellow said...

tetiba rase nak menangis bace n3 ni... tak tahu la naper.... sobsss....

Xyhan said...

oh Ain... nasib baik x dok gapo2... sy pun bimbang bc td... Cik Su, tlg kirim salam ko Ain...