Thursday, March 24, 2011

Ehh Ada Blog......

Huhhh lama tak update blog. Bulan Mac sangat padat dengan kerja-kerja yang perlukan ketelitian dan tumpuan paling maksima. Apa lagi kalau bukan kerja mendaftar calon SPM dan kerja menganalisa keputusan exam SPM. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar tanpa salah dan silap. InsyaAllah.... Tak nak cerita pasal kerja banyak-banyak. Cerita pasal jalan-jalan lagi best. hehehe

Khamis minggu lepas pergi kenduri di Pinang. Apa nak cerita ya... Cukuplah saya katakan lain padang lain belalang. Tapi... cuaca di Pinang panasss. Dari pinang terus ke Taiping. Ronda-ronda mana yang patut, masuk night safari yang terpaksa menunggu dan beratur panjang dek ramainya orang. Dan macam biasa Ain akan berendam tak ingat dunia. Esoknya, menghala pula ke Ipoh. Ronda-ronda lagi dan Ain berendam lagiiii. Sabtu, balik melalui Simpang Pulai dan akhir sekali menyertai rombongan pengantin di Jeli.
Seri Malaysia, Taiping


Seri Malaysia Ipoh

2 comments:

hani@debumelukut said...

seronok jalan2 musim cuti..kalau tak cuti pun bila sampai seru ambik cuti khas..hehehee

rumah kuning said...

Hani,
betul3x. bercuti juga salah satu cara terapi minda.