Sunday, April 3, 2011

Kerdilnya Diri Ini DisisiNya

Kadang-kadang kita menjadi terlalu tamak dan merasa tidak cukup dengan pemberian, anugerah dan nikmat hidup di dunia ini. Dan lebih malang, ada kalanya tercetus pertelingkahan dek perebutan nikmat yang tidak seberapa.


Acapkali juga kita terleka dan mengharapkan ganjaran di dunia hingga meranapkan keikhlasan yang sepatutnya terpahat kuat dalam jiwa. Eh...aku dah berpeluh buat ni, tak ucap terima kasih pun, aku dah bagi laluan, tak senyum pun, aku dah itu, aku dah ini..... Kita lupa pahala kerana mengharapkan dunia , kita lupa janji Allah kepada kita. Ingat, terlalu kecil nilainya nikmat yang mampu diberikan manusia (itupun dgn izin Allah) jika dibandingkan dengan ganjaran Allah di akhirat kelak yang lagi besar dan lagi hebat semestinya.


Alangkah baiknya jika kita dapat sama-sama bekerja dan menunaikan tanggungjawab seikhlas-ikhlasnya agar kesenangan dunia dapat kita kecapi dan dalam masa yang sama berjaya mengumpul pahala untuk kehidupan yang sejahtera di sini dan di sana.

2 comments:

Rashid said...

Betultu. Jarang kita bersyukur atas kurnianNya ..Kita alpa. Kita terlalu melihat pada dunia dan lupa pada alam yang kekal selamanya..

rumah kuning said...

cikgu rasid,
takut bila memikirkan persiapan untuk keidupan di sana yg rasanya masih terlalu sedikit.