Friday, April 8, 2011

Telur Awak Palsu Ke?

Kelmarin baca Kosmo. Ada berita mengenai telur ayam palsu/tiruan. Sungguh tidak bertanggungjawab la orang-orang sekarang ni. Menurut CAP, kulit telur dibuat menggunakan lilin parafin dan kalsium karbonat. Sementara kuning dan putih telur dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida, air dan pewarna lemon. Bijak...bijak... tapi kesannya boleh merosakkan otak, sel saraf dan penyakit hati. Kepada rakan-rakan suri rumah, sila berhati-hati semasa membeli telur. Telur tiruan bersaiz lebih besar dan berkulit lebih licin daripada telur biasa. So, kita pilih yg kecik2 je lah ya. Satu lagi, jgn pilih yg licin. Beginilah jadinya bila manusia bijak tapi tidak mempunyai agama.

4 comments:

pB said...

saing pB rayok

lepah ni kena

pilih telur hok banyok 'taik'

rumah kuning said...

pB,
lama kae dia lesek benda tu atas telor tiruan. hehehe

yellow said...

afiq suke makan telor!!!!! abisla....

rumah kuning said...

atie,
lepas ni check betul2 sebelum beli n jgn order telur dadar kalo mkn kat luar.hehehe