Wednesday, August 31, 2011
Selamat Hariraya
Alhamdulillah Ain berjaya puasa sebulan penuh walaupun hari terakhir tak bangun sahur. Tak terjaga kisahnya. Hari ni dah raya kedua. Kejap je masa berlalu. Baru beberapa buah rumah yang berjaya disinggah. Teruknya.... walau apa pun Selamat Hariraya. Maaf segala salah dan silap.
Friday, August 26, 2011
Raya Dah Dekat
Sebelum pergi beraya, mesti pesan kepada anak-anak kita
Jaga tuturkata dan tingkahlaku terutamanya ketika berada di rumah orang.
Jgn berlari-lari atau melompat-lompat dlm rumah orang.
Jangan masuk bilik-bilik tidur orang.
Jangan mintak duit raya. Seriusss..jgn mintak.
Kalau dapat duit raya jgn terus buka sampul dalam rumah dan lebih-lebih lagi jgn "alaa.... seringgit je, dua ringgit je" dan jgn buang sampul duit raya di halaman rumah orang.
Makan dan minum cecara tertib dan jangan berebut-rebut.
Jangan ziarah terlalu lama. Banyaknya jangan.... Hehehe
Satu lagi.... Jangan biarkan anak kita main mercun.
Jangan main mercun 10x.......... pleaseeee.
Memang le hariraya hari kita bergembiira tapi jangan biarkan anak-anak kita buat apa sahaja sesuka hati tanpa kawalan ibubapa.
Itu saja.

Wednesday, August 24, 2011
Kalut Ribut Sesajaa....
Pagi-pagi dah ribut-ribut mencari kunci kereta yang hilang. Bukan hilang sebenarnya. Saya sangat pasti kunci tersebut telah saya letak di tempat yang sepatutnya. Siasat punya siasat, rupanya Ain adalah pengguna terakhir sebelum ianya gagal dikesan.
Ain : Memang Ain ambik tapi Ain dah letak atas meja ni.
Hehehe letak atas meja tapi takde. Ajaib.... Dalam hati, letak atas mejalah sangat..... Penyelesaiannya bawa si kancil yang tersadai depan rumah yang jarum minyaknya tak bergerak-gerak sama ada ketika minyak penuh atau minyak kosong, yang jarum temperaturenya juga langsung tidak bergerak sama ada enjin panas atau sejuk. Tawakkal....tawakkal. Alhamdulillah sampai sekolah dgn selamat.
Dalam perjalanan balik dari sekolahnya pulak, semasa makcik berenti di traffic light, seorang lelaki mengetuk-ngetuk cermin depan si kancil makcik. Eh..eh...apa kena orang ni? Ah sudah.....mesti roadtax dah mati nih. Takpe, perjalanan mesti diteruskan walaupun dalam hati mesti roadtax dah jadi bangkai nih. Baru nak memecut, tiba-tiba... uwaa... macam ada sekatan jlnraya di depan. Kereta dah slow dan terus tak bergerak. Berderet-deret dengan orangramai memenuhi di kiri kanan jalan. Nampak pulak beberapa orang polis. Sekali lagi, tawakkal je lah. Takkan nak U turn pulak.
Tunggu punya tunggu dengan debaran dan badan yang dah berpeluh.... Apahal le lamanya tak bergerak-gerak. Nampak dua orang budak sekolah di tepi jalan.
Dik, ada apa kat depan tuh?
Accident. Sepatah jawapan yg melegakan makcik. Bukan le makcik suka ada accident. Tapi makcik lega sebab polis-polis itu InsyaAllah tidak akan tahan kereta makcik.
Sampai saja di rumah, makcik terus ke cermin depan kereta. Memang betul.... bulan 5 lagi dah mati.

Sunday, August 21, 2011
21 Ogos / 21 Ramadhan
Hari ni punya le semangat masak.
Sambil masak, rehat-rehat kat luar kejap.
Baring-baring, sembang-sembang.
Terus kelupaan apa yang sedang dimasak.
Tiba-tiba.......
Ada bau menyucuk hidung.
Uwaa......hangus.... hangit.
Esok malas masaklahh.

Wednesday, August 17, 2011
Saya Terjun Dan Terbang
Tengah berjalan dengan perasaan seronok, puashati lalala sebab dah kurus, tiba-tiba.......
Ummi, bangun sahur, dah pukul 5 lebih. Buka mata. Ain dok di ujung kaki. Hahh........ makcik melompat terjun ke dapur. Bancuh air, ambil kurma, ambik ayam goreng. Nak tunggu diorang turun, lambat. Jadi, makcik terbang naik atas. Mai cepatttt...... makan!!!!
Nasib baik.......... kalau tak mesti ada alasan untuk budak tahun 3 ni ponteng puasa.
Yang tak bestnye..... potong stim orang yang mimpi kurus tengah seronok, perasan lalala. Tak sempat makcik nak beli baju saiz S. Hehehe

Friday, August 12, 2011
Mood Kurang OK
Punya le bersemangat nak key in markah kerja kursus lepas sahur tadi.
Buka-buka laman tu, Service Unavailable. Geram...geram 10x. esoklah kita try pulak.
Khamis, 5 ptg.
Saya : Bila org tu nak dtg ambik kereta?
En. Suami : Petang ni.
Saya : ??? Cepatnya.
En. Suami : Dia pun dah tak sabar.
....Sangat sayang le dgn kereta itu. Sepanjang bersama tak pernah timbulkan masalah. uwaaa.....
Sebenarnya dah banyak buah pakai dan jual kereta.... tapi tak pernah rasa macam ni. Sedih.....

Wednesday, August 10, 2011
Berpisah Akhirnya
Minggu ini minggu terakhir kami akan bersama Mr Black.
Kelmarin dah selesaikan segala urusan berkaitan.
Minggu depan InsyaAllah Mr Black akan meninggalkan kami.
T kasih kpd Mudah.my kerana memudahkan urusan.
Pagi tadi bersahur dgn telur mata kerbau cicah kicap.
Tak larat nak tulis panjang-panjang. Harap maklum.

Kerana Sayang
Awal pagi tadi saya masuk ke kelas kedua dari depan. Kelas pandai le nih.
Silibus dah habis. Minggu lepas saya dah bagi soalan dan hari ni kami sambung perbincangan.Tiba-tiba terpandang seorang murid yang alamak panjangnya kuku. Wahhh...wah...wah...kawan sebelahnya panjang jugak. Maka dua-dua kena jentik. Saya jentik sekuat hati di jari mereka tapi tak kuat pun. Tak reti nak bagi kuat. Dua-dua tersengih. Rasanya bukan sebab sakit tapi malu le kot sebab kena marah.
Dua masa terakhir sebelum balik saya masuk ke kelas kelima dari depan. Masa semua murid lain telah keluarkan soalan yang telah diberi minggu lepas, ada seorang murid masih terkial-kial belek sana belek sini. Last sekali dia keluarkan kertas lain yang memang telah siap dibincang minggu lepas.
Saya : Mana kertas awak?
Dia : Takdak. Tak tahu letak mana.
Saya : ih..ih...ih... Berdiri.
Garang ke?
Semuanya kerana sayang.

Thursday, August 4, 2011
Boleh Baca Tapi Jangan Gelak
Cerita lama.
Diingatkan don't gelak kat saya.
Masa second year kat UM dulu, makcik ambil kertas Pentadbiran Awam. Yang mengajarnya adalah En. Pensyarah dari INTAN dan kelasnya pada waktu mlm. Makcik dan kawan-kawan takde masalah dgn kuliahnya. Tapi ada satu perkara yg membuatkan makcik n kawan-kawan ala-ala tak berapa seronok. Kuliahnya akan dimulai dgn pengucapan awam oleh para student yang dipilih secara rawak. Tajuk-tajuk yang diberi berkisar kpd nilai murni. Tajuk senang tapi gerun wei.....nak berucap di hadapan khalayak yang penuh satu dewan kuliah. Mau berlaga gigi makcik....
Pun begitu, satu perkara yg melegakan, En pensyarah tidak marah jika ada student yang masuk lewat ke kelasnya. Jadi, ketidak marahan En. pensyarah itu telah disalahguna oleh kami yang berhati kecil ini. Kami hanya memasuki dewan kuliah bila pengucapan awam telah berakhir. Sekali lagi jangan gelakkk...
Pada suatu malam, nama makcik n the geng dalam 6/7 orang yang semuanya senegeri, sekepala, sekelas, sesekolah dari sekolah menengah hinggalah se IPT telah dipanggil seorang demi seorang untuk menyampaikan pengucapan awam pada mlm itu. Agak-agak menggigil tak??? Mestilah... kami berhati kecil, pamalu campur penakut. Sebenarnya tidakkk menggigil sama sekali ya adik-adik. Beresss dgn jayanya. Sebabnya semua geng kami belum berada di dlm dewan kuliah ketika nama kami dipanggil. Pandaikan???
Kata panggil secara rawak. Kenapa sangat berkebetulan hingga kami seperahu semua dipanggil. Rupa-rupanya assignment kumpulan kami telah mendapat markah paling tinggi. Jadi En. pensyarah nak kenal le kot macamana ghupenya bebudak yg dpt markah baguih tu. Sebab tu dia panggil utk bagi pengucapan awam. Nasib baik selamattt....... hehehe
OK Setakat ini dulu.
Selamat bersahur.

Subscribe to:
Posts (Atom)