Cerita lama.
Diingatkan don't gelak kat saya.
Masa second year kat UM dulu, makcik ambil kertas Pentadbiran Awam. Yang mengajarnya adalah En. Pensyarah dari INTAN dan kelasnya pada waktu mlm. Makcik dan kawan-kawan takde masalah dgn kuliahnya. Tapi ada satu perkara yg membuatkan makcik n kawan-kawan ala-ala tak berapa seronok. Kuliahnya akan dimulai dgn pengucapan awam oleh para student yang dipilih secara rawak. Tajuk-tajuk yang diberi berkisar kpd nilai murni. Tajuk senang tapi gerun wei.....nak berucap di hadapan khalayak yang penuh satu dewan kuliah. Mau berlaga gigi makcik....
Pun begitu, satu perkara yg melegakan, En pensyarah tidak marah jika ada student yang masuk lewat ke kelasnya. Jadi, ketidak marahan En. pensyarah itu telah disalahguna oleh kami yang berhati kecil ini. Kami hanya memasuki dewan kuliah bila pengucapan awam telah berakhir. Sekali lagi jangan gelakkk...
Pada suatu malam, nama makcik n the geng dalam 6/7 orang yang semuanya senegeri, sekepala, sekelas, sesekolah dari sekolah menengah hinggalah se IPT telah dipanggil seorang demi seorang untuk menyampaikan pengucapan awam pada mlm itu. Agak-agak menggigil tak??? Mestilah... kami berhati kecil, pamalu campur penakut. Sebenarnya tidakkk menggigil sama sekali ya adik-adik. Beresss dgn jayanya. Sebabnya semua geng kami belum berada di dlm dewan kuliah ketika nama kami dipanggil. Pandaikan???
Kata panggil secara rawak. Kenapa sangat berkebetulan hingga kami seperahu semua dipanggil. Rupa-rupanya assignment kumpulan kami telah mendapat markah paling tinggi. Jadi En. pensyarah nak kenal le kot macamana ghupenya bebudak yg dpt markah baguih tu. Sebab tu dia panggil utk bagi pengucapan awam. Nasib baik selamattt....... hehehe
OK Setakat ini dulu.
Selamat bersahur.
2 comments:
mane aci cenggitu!!!
yellow,
masa tu mmg tak cukup berani. hehehe
Post a Comment