Sunday, September 25, 2011

Jealous Pun Ada Baiknya

Huhh... pagi tadi makcik tengok dah ada cikgu key in markah di bilik periksa. Cepat bebenor deme menanda ye. Main timbang-timbang je ke? Hehehe jangan marah. Makcik gurau je. Tapi makcik memang tabik spring dgn diorang. Sangat cekap dan tak terlawan oleh makcik yang sekarang ni masih terhegeh-hegeh ada dua bundle belum siap. Tapi OK le tu. 4 bundle dah siap. Itu sebenornya yg nak dikabor. Ulang sekali lagi ya. 4 bundle dah siap. Hehehe. Dek kerana dah ada teman seperjuangan yang key in markah pagi tadi, maka malam ni punyalah makcik bersemangat main fb, terjah blog sana, terjah blog sini menanda sampai dah sakit-sakit leher dan belakang. Ni semua sebab jealous orang dah siap, makcik banyaaak lagi tak siap. OK lah ya. Makcik nak menanda nih (sila baca nak tidur) Hehehe



Mood lega : Cik Putih Gebu ni dah OK. Tak dan nak melamar ltop merah.

5 comments:

Yellow said...

cisss!!! tak dan nak paw si putih gebuuu!!!!! hahahahaha

pB said...

paper trail ker??

rumah kuning said...

yellow,
si putih gebu ni byk jasanya. tapi tu lah... asyik meragam sesaje.

pB,
A'aa trial spm.

nohas said...

Salam ziarah..

Jadi guru ni, tugas mulia...lepas ni boleh cuti pjg..

Rumah Kuning said...

nohas,
t kasih. pertengahan nov nanti mula cuti.hehe