Wednesday, October 5, 2011

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin

Dengan semangatnya Jumaat lepas, kami bertiga beranak menghala ke KL. Sampai petangnya dan bermlm di kediaman pakcik yg terletak atas the mall tuh. Pakcik le sangat.... Apa pun sangat seronok sebab boleh ulang alik masuk parkson. Masa en suami jumpa orang itu, jumpa orang ini, kami berdua beranak boleh pusing-pusing ronda-ronda cari itu cari ini. Hari Sabtu bermusafir kelana pula ke rumah anak sedara di Puchong Prima. Berhuha huha makan minum dan petangnya ada hi-tea di Subang. Seterusnya Ahad tibalah hari yang dinanti-nanti, majlis menyambut menantu diadakan di Puri Pujangga, UKM. Usai majlis, terus bertolak balik. Singgah sekejap di Tanjung Karang. Hajatnya nak bermalam di Cameron Highland tapi tak kesampaian. Letih punya pasal, kami akhirnya bermalam di Ipoh. Pagi Isnin barulah mendaki tanah tinggi itu. Sempat jugak petik sekilo strawberi sebelum bertolak balik. Hampir maghrib sampai di rumah kuning. Alhamdulillah selamat.



2 comments:

Yellow said...

kurang la gambar ni.... mana gambar mak andam hah??? ish3....

Rumah Kuning said...

yellow,
mak andam busy sesangat. takdan nak snap pic die.