Thursday, October 27, 2011

Say No To

KeTaT
JaRaNg
SiNgKaT


Boleh??? Boleh atau tidak, mesti boleh. Wajib boleh. Tolong kesiankan diri sendiri. Susah di dunia, InsyaAllah ada yang simpati, ada yang menolong. Tapi siksa di akhirat, sapa nak tolong? Siapa boleh tolong? Silap-silap haribulan ngan mak bapak suami sekali masuk neraka kerana dosa kita. Kesian kan.... Padahal ketat, jarang dan singkat tu tak menyumbang pun kepada kecantikan atau keayuan kita kalaulah kita pakai semua tu untuk tujuan tersebut.

Dah pakai macam tu, tutup-tutup muka, nyorok belakang tiang pulak. Why? Malu rupanya. Yang ada di kiri kanan tu, tak malu? Ishhhh.... Yang langsung tak malu pun ada jugak.

Sekian sahaja tazkirah lepas Zuhur hari ini. Wassalam.

Jangan Paksa Aii....

Hari ketiga cuti Deepavali..
Masih ada dua hari sebelum sekolah dibuka. Sehingga hari ni, makcik baik2 je dok di rumah kecuali ada le keluar KB kejap ngan Ain. Dah janji, terpaksa le pergi. Selebihnya banyak dok di rumah, buat kerja surirumah yang sangat best dan merantau dari blog ke blog. Dalam merantau sana sini tu, terjumpa satu blog yg meminta pengunjung blognya bayangkan bila kita masih bekerja ketika umur dah 60 tahun. Hehehe Sebenar-benarnya makcik pun tak suka. Dalam umur sekarang pun asyik membilang hari nak cuti sesaja, apatah lagi bila umur 60 tahun. Makcik selalu bayangkan bila masuk je kelas, mesti ada anak murid cakap : Alaa... nenek ni dah masuk. Kwang...kwang...kwang...nenek wei. Bila gelak pun dah ghupe nangis je masa tu. Agaknya le. Taknak...taknak... Nak naik turun tangga tingkat empat lagi. eeee... semput. Ini pendapat makcik dgn situasi dan kerja makcik sekarang. Orang lain makcik tak tahu. Tapi...kalau kerja makcik menyain shorat je, makcik pun nak sambung sampai 60 tahun. 70 tahun pun boleh. Hehehe


Apapun, dah keja dgn orang.
Kena le ikut orang. Uwaaa....

Monday, October 24, 2011

Tak Bijak Tapi Rajin

Yang penting nak cakap di sini "Ramai orang berjaya bukan kerana bijak tetapi kerana rajin". Betul ni. Tak caya, sudah.....
Hari ni cuti, esok cuti, lusa cuti, tulat cuti, tubin pun cuti. Yeayyy.....Orang lain beraya, kita menumpang cuti. Hey budak-budak, buat kerja yang saya bagi. Jgn gi KB Mall, jangan gi Tesco, jangan gi Billion.Jangan gi mana-mana. Dok rumah jawab soalan yang cikgu bagi dan baca buku banyak-banyak. Jangan berFb jugak. Boleh? Saya pun dok rumah jugak ni. Tanda kertas ting 4 dan kalau sempat buat jadual bertugas sepanjang SPM. OK ye.... jangan merayap ke mana-mana.
Wassalam

Sunday, October 23, 2011

Sikit Kita Bagi, Allah Bagi Banyak

Hari ni jam 2 hingga 4 ptg saya diminta mengambil alatan periksa SPM di bilik kebal PPD. Dah terbayang dalam kepala, mesti berkotak-kotak barang yang mesti diambil. Nak mencari kotak-kotak yang bercampur gaul semua sekolah tu satu hal. Berat pulak tu. Kalau sebelah pagi, mesti saya ajak kawan. Tapi bila disuruh ambil sebelah petang begini, kesian pulak. Takpe lah.... saya pergi seorang diri. Seboleh mungkin, saya tak nak menyusahkan kawan.
Sebaik sampai di tempat biasa,
Cikgu nak ambik barang SPM ke STP?
SPM.
SPM belakang tuh. Sini barang STP.
OK...
Sampai di tempat yang ditunjukkan, dah ramai rakan-rakan setugas tengah mencari barang-barang utk sekolah masing-masing. Ada barang dalam sampul, ada dalam plastik dan ada dalam kotak. Selepas memerhatikan dua tiga saat, saya memulakan misi. Mula-mula belek barang dalam plastik yang berlonggok atas lantai. Dua tiga kali selak, dah jumpa dua plastik yang tertulis pusat 38 dan 64. Alhamdulillah. Lepas tu belek pulak barang yang bersampul. Tak sampai seminit, dah jumpa dua sampul yang tertulis SMK Panji. Suka...suka...... Lepas tu, pergi pulak tempat cikgu-cikgu tengah berbaris.
Nak ambik gapo sini eh? Saya tanya seorang cikgu.
Jadual.
OOO...
Selepas beratur tigapat minit, dah dapat jadual mengikut bilangan calon SPM sekolah saya. Sekotak lebih jugak jadualnya. Yang terakhir sekali, buku jawapan, helaian tambahan dan entah apa-apa lagi yang berkotak-kotak itu. Mula-mula saya perhati je. Macamana nak cari ni??? Banyaknya kotak. Tahun lepas saya datang berdua. Pakat-pakat cari. Hari ni sorang. Uwa.... Dalam hati, takde ke pekerja kat sini yang boleh tolong. Tu dia...Nampak sorang laki macam pekerja kat situ. Saya mendekatinya.
Nak cari ghano eh? Banyak gitumo kotak nih. Cewaah...pembuka bicara.
Kak pusat no berapo?
38 denge 64.
Kejap deh.... tigoplapeee... tigoplapeeeee.... nih tigoplape. Ada tiga kotak.
So lagi berapo dah?
64.
neplohpak........ neplohpak manno eh? Dia tanya kawannya.
Neplohpak? neplohpak ujung nuh.
Dia terhendap-hendap mencari di celah-celah kotak yang banyak itu.
Ni kak...neplohpak. Ada 4 kotak.
Saya angkat satu kotak untuk diletak di luar bilik. Berat yang amat. Tapi terpaksa jugak angkat supaya senang untuk masukkan dalam kereta. Dalam hati...beratnya. 2 pusat 7 kotak. Campur pulak jadual satu kotak. Jadi 8 kotak. Barang dalam plastik lagi. Tengah dok berkira-kira, dengan tidak disangka-sangka, pekerja yang tolong cari kotak tadi dengan gagahnya tolong angkat kotak saya. Satu...satu.. satu... semuanya dia angkat dan dikumpulkan di satu tempat di luar bilik. Huhhh legaaa saya.
Kereta kak dok manno?
Belakang tuh.
Kak gi ambik kereta, letak dekat nih.
Ok.
Lepas meletak keta sehabis dekat dengan barang yang bertimbun-timbun itu, sekali lagi dengan tidak berkiranya dia datang sumbatkan semuanya dalam kereta saya.
Berat nih. Conggek kereta. Katanya.
Takpelah. Asalkan muat. Kata saya.
Kelegaan berganda............

Saya kesian dan taknak menyusahkan kawan saya. Sikit je.
Tapi Allah tolong saya. Banyaaaaak....
Alhamdulillah.

Saturday, October 22, 2011

Gelilah...Tak Ada Nama Lain Ke?

Berbelas hari lepas.
Ummi, jom le main.
Taksir.
Main le.
Taksir.
Akhirnya dia main ngan abahnya.
Harini
Ummi, mari le main.
Taksir.
Mari le.
OK.....OK. Ummi main.
Berapa ummi kena bayar?
Nanti Ain kira.
Nak tahu kami main apa?
V
V
V
V
V
V
V
VIni dia
Atas sekeping kertas A4 macam-macam ada
Ada jadual bayaran
Ada sampul tempat simpan duit.
Kat atas sebelah kanan tu, siap ada kata-kata semangat.

Seploh sen sehari.
Diorang dah ada RM1.70 sen.
Jadi, saya kena bayar sekaligus jumlah yang sama.
Hehehe kami main kutu. Tak sedapnya nama.
Mak kutunya budak darjah tiga.

Friday, October 21, 2011

M#$%^%^&......B*()!%.......B<>?&^%.....

Semuanya tu tak elok disebut, tak elok ditulis.
Tapi macam nak sebut dan nak tulis jugak.
Haihh.... Tak puas hati.
Tak puas hatiiiiii.

Sungguh Tak Ayu


Tu dia....luasnya nganga. Hujan-hujan redup ni memang lapar sesaja. Betul tak? Ke saya je yang asyik lapar? Awak pun sama kan? Bukan setakat tu je. Penyakit malas pun menjadi-jadi jugak dalam cuaca yang sejuk nyaman begini. Saya le tu. Kerja banyak yang tak settle tapi sangat berat untuk menyiapkannya. Tolonggg..... Bila nak rajin nih? Ada benda ke yang bertenggek atas kelopak mataku ini. Beraaat dan asyik nak tidur je ni. A'uzubillahiminassyaitonirrajim 3X. Makcik nak taip surat, nak tanda kertas, nak tulis buku gemok yang tak hantar khamis lepas. Macam-macam le makcik nak buat.
Permudahkanlah ya Allah.



Tak dapat murtabak raja, karipap + teh o pun sedap.

Monday, October 17, 2011

Anda Orang Yang Terhormat?


Orang yang terhormat itu, kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. Jadi, cuba renung dan congak tambah darab kerja buat masing-masing. Usah tunggu orang lain bagi markah. Bukankah bagi markah untuk diri sendiri itu lebih seronok.


Akal......tolong
Jgn terpedaya dgn nafsu.

Saturday, October 15, 2011

Awak Tengah Periksa? Saya Juga.....

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu saya tak merapu di sini. Banyak benda penting yang perlu dibereskan sahari dua ini. Konon kononnya..... Dan bukan semua perkara sesuai diblogkan. Semua sedia maklum. Sementelah pula, kerja blog memblog ini bukanlah keutamaan saya yang paling utama. Pun begitu, saya suka berada di sini, menulis dan membaca catatan dan cerita rakan-rakan blogger dari serata dunia. Sepanjang minggu lepas juga saya kurang sihat. Jadi ia sedikit sebanyak menyumbang kpd tidak berseleranya saya untuk menulis di blog ini.

Soalannya: Berdasarkan petikan di atas, apakah faktor yang menyebabkan pemilik Rumah kuning tidak mengupdate blog sepanjang minggu lepas? Hehehe tuan rumah ingat pembaca blog ini calon PMR ke? Calon PMR pun tak ingin nak jawab sebab periksa dah lepas. Diorang datang sekolah main-main je sekarang ni. Syoknyaaa.... Tiba-tiba jeles dgn calon PMR dan cikgu-cikgunya. Hehehe takdelah....

Jangan lupa, kita semua ni pun tengah periksa sekarang ni. Bila tamat tempoh, tak boleh ulang dan tak boleh periksa semula. Yang lulus akan masuk syurga dan yang gagal akan masuk neraka. Untuk semua, selamat menjalani peperiksaan dan semoga kita berjaya.


comel



Friday, October 7, 2011

Pagi Jumaat Yang Cuti

Apa kes tajuk en3 tak berkualiti gini. Tak kesahlah ya... Seawal pagi selepas bancuh seteko milo, makcik mengeluarkan bahan mentah barupa lauk pauk yang tersimpan dalam peti ais sejak lepas perang hari tu. Ambil nafas sebab ayat panjang sangat. huhhh.... Buang? no..no..no... masa beli dulu bukannya murah. Ada macam-macam tapi semuanya yang telah hilang manisnya. Sambil keluarkan lauk-pauk itu, makcik dapat idea, si ikan-ikannya makcik akan rebus ngan asam keping dan garam. Pastuh akan digoreng tengahari nanti. Mesti sedap le sikit. Si daging dan kawan-kawannya makcik akan karikan mereka. Singgang/sup mesti dah tak sedap dengan alasan yang sama. Dah hilang manis sepah dibuang Betul tak pn atie? OK selesai. Tapi.... ada setengah tupperware lagi tu nak masak apa pulak? Di lain hari le pulak makcik fikir. Susah-susah makcik ...... opss rahsia.



OK kawan-kawan, selamat bergelumang dengan kain baju dan periuk belanga.

Wednesday, October 5, 2011

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin

Dengan semangatnya Jumaat lepas, kami bertiga beranak menghala ke KL. Sampai petangnya dan bermlm di kediaman pakcik yg terletak atas the mall tuh. Pakcik le sangat.... Apa pun sangat seronok sebab boleh ulang alik masuk parkson. Masa en suami jumpa orang itu, jumpa orang ini, kami berdua beranak boleh pusing-pusing ronda-ronda cari itu cari ini. Hari Sabtu bermusafir kelana pula ke rumah anak sedara di Puchong Prima. Berhuha huha makan minum dan petangnya ada hi-tea di Subang. Seterusnya Ahad tibalah hari yang dinanti-nanti, majlis menyambut menantu diadakan di Puri Pujangga, UKM. Usai majlis, terus bertolak balik. Singgah sekejap di Tanjung Karang. Hajatnya nak bermalam di Cameron Highland tapi tak kesampaian. Letih punya pasal, kami akhirnya bermalam di Ipoh. Pagi Isnin barulah mendaki tanah tinggi itu. Sempat jugak petik sekilo strawberi sebelum bertolak balik. Hampir maghrib sampai di rumah kuning. Alhamdulillah selamat.