Tuesday, June 26, 2012

Penakut Dari Dulu Sampai Sekarang

1. Hari ni rombongan pemantau dari JPN datang SMK Panji. Pagi pagi lagi dah sampai.  Macam biasa le makcik ni allergic bab pantau memantau nih. Terus jiwa makcik jadi kecik walaupun body besar. Hehehe Nasib baik mereka tak masuk masa makcik tengah mengajar.  Syukur......

2. Tengah tengok kiri kanan, kiri kanan dengan kereta berderet tepi jalan, tiba-tiba ada pemandu berjiwa cemerlang gemilang bagi isyarat  aka bagi laluan supaya kita dapat keluar atau masuk, oh seronoknya. Rasa nak angkat tangan 10 minit tanda terima kasih. Semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal kerana  kebaikan budi pekerti itu.

Saturday, June 23, 2012

Gila Novel

Dalam mencari Travelog Cinta Abadi dan Bukan Sekadar Resepi tulisan Roza Roslan, terbelilah juga novel Dari Milan ke Maran tulisan Norhayati Berahim. Lepas habis baca novel tu, eh...sedap pulak baca novel nih. Ingatkan zaman muda remaja dulu je minat novel, rupanya dah pangkat makcik-makcik ni pun masih lagi seronok baca novel. Maka sepanjang minggu lepas tiga empat kali makcik masuk kedai buku. Hasilnya terbelilah  pula Bicara Hati tulisan Damya Hanna dan Awak Suka Saya Tak? tulisan Melur Jelita.
Bahaya jugak, gila novel nih. Asyik nak mengadap dia je.

Travelog Cinta Abadi dan Bukan Sekadar Resepi pun best jugak..
Yang tak bestnya,
Ain : Ummi, bila nak masak resepi-resepi ni?  baca je.
Ummi : ??? nanti le....

Thursday, June 21, 2012

Di Mana Dia Di Mata Dan Hati Kita?

Kadang-kadang anak lelaki lupa, orang  no satu sampai bila-bila pun adalah ibu.
Dan acapkali anak perempuan lupa, orang  no satu selagi bergelar isteri adalah suami.



Ampunkan kami ya Allah

Friday, June 15, 2012

Tak Cantiklah!!!

Pagi tadi, saya ke pasar pagi. Dah banyak minggu tak meronda cari lauk pauk dan pucuk-pucuk ulam segar. Sukaaa.... Macam-macam ada.  Dalam suka suka tu, ada jugak yang tak sukanya. Tiap kali pergi pasar, mesti akan terserempak dengan makcik-makcik atau kakak-kakak yang ganasnya berpakaian. Kalau budak-budak  pakai ketat, singkat  macam tu, ok lagi. Ini makcik-makcik pun masih pakai gitu.  Tak sesuai langsung. Kita yang tengok pun rasa malu. Kak, makcik.... tak cantiklah pakai macam tuh.





Tuesday, June 12, 2012

NikmatNya Tidak Terkira

Terlintas jugak dihati nak cerita perjalanan umrah saya yang baru berlalu. Tapi, selepas  dicongak dikira tak perlu rasanya saya berkongsi secara detail di blog ini. Cukuplah saya  katakan ianya terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya.  
Dengan kaabah di depan mata, solat dan doa dengan deraian air mata.......Hinanya diri ini.
Semoga ini bukan kesempatan yang terakhir.






"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?"