Tak lama lagi cuti tahun baru cina. Bila cuti je, macam biasa, banyak kenduri kendara. Setakat ni saya dah terima beberapa jemputan. Baguslah, sebab ada yang sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak jemput saudara mara dan rakan taulan. Cuma satu je saya nak ingatkan (macam le diorang baca blog nih. Hehehe takpelah. Nak cakap jugak.) Dah susah-susah jemput sana jemput sini, time tetamu datang nanti, pandai-pandailah melayan. Dah tahu adab-adabnya kan. Walaupun letih, jangan le muka tetamu pun taknak pandang. Diorang datang sebab kita jemput. Jadi, manis-maniskanlah mulut wahai tuan rumah sekalian.
Maaf , sudah terkasar bahasa
Sekian