Wednesday, January 9, 2013

Jangan Mudah Percaya

Berlainan nada dah mengubah maksud. apatah lagi jika ditambah perasa penyedap bicara.  Sudah tentu berubah makna dan  berlainan juga maksudnya. Jadi, bila terima sesuatu berita, terutamanya yang luar biasa kadar sensasinya, tolong jangan terus dimasuk ke mulut dan ditelan bersama kulit dan bijinya. Teliti dahulu betul salahnya dan timbang kira logik tidaknya.

Umpatan, cacian dan fitnah memang senang diungkap dan  sedap didengar. Pun begitu, perlu diingat  ada manusia yang suka memutar belit fakta dan mereka cerita, ada manusia yang suka melaga-laga, ada juga yang panas pedih bila orang lain hidup bahagia, apatah lagi kaya raya. Jadi, cerita dikarang untuk  memecahbelah dan memporak perandakan sesiapa sahaja yang diingini mereka. 

Di sisi kita yang menerima berita dan cerita, jangan mudah percaya. Cari bukti atau lupakan saja. Berkasih sayang  dan berbaik sangka lebih banyak untung dan faedahnya daripada memendam rasa kerana cerita-cerita yang tiada bukti sahih benarnya.

Itu belum lagi dicampur dengan  silap faham dan salah sangka.

5 comments:

MystoryPic said...

sesetengah je yg berfikir sebelum percaya..... ramai yang jenis dengar sebelah pihak pastu terus percaya bulat-bulat

pB said...

adat dunia sekarang

Rumah Kuning said...

mystoryPic,
kesian kpd yg teraniaya dgn cerita yg sengaja direka.

pB,
tak adil kpd mereka yg tidak berdosa.

Irfa said...

penah dengar

'dengar buleh,cayo jangan'

ada kes kena selidik sampai akar umbi dulu :)

Rumah Kuning said...

irfa,
biasa la dak? Tapi bukan semua org mcm tu. Yg baik2 pun ramai..