Monday, January 28, 2013

Mana Tuan Rumah?

Tak lama lagi cuti tahun baru cina. Bila cuti je, macam biasa, banyak kenduri kendara. Setakat ni saya dah terima  beberapa jemputan. Baguslah, sebab ada yang sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak jemput saudara mara dan rakan taulan. Cuma satu je saya nak ingatkan (macam le diorang baca blog nih. Hehehe takpelah. Nak cakap jugak.) Dah susah-susah jemput sana jemput sini, time tetamu datang nanti, pandai-pandailah melayan. Dah tahu adab-adabnya kan. Walaupun letih, jangan le muka tetamu pun taknak pandang. Diorang datang sebab kita jemput. Jadi, manis-maniskanlah mulut wahai tuan rumah sekalian.

Maaf , sudah terkasar bahasa
Sekian

6 comments:

MystoryPic said...

kenduri kendara tu wajib kalau cuti panjang

Mohd Pk said...

As-salam kenal&singgah dari BS

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
juga menjadi medan pertemuan dgn saudara mara dan rakan taulan. Makanan pun sedap-edap. hehehe

Rumah Kuning said...

Mohd Pk,
terima kasih kerana singgah rumah kuning

Irfa said...

menyedihkan bila dtg jauh2 (bukan nak makan sgt pun.dtg sebab org jemput) tapi layan ala kadar.tahulah sibuk tp ambik la hati tetamu yg dtg jauh itu

Rumah Kuning said...

irfa,
setuju sangat-sangat.