Thursday, June 13, 2013

KB -> KL -> Abu Dhabi -> Istanbul-> Jeddah -> Madinah -> Makkah

Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke bumi Cik Siti Wan Kembang selepas meninggalkannya lebih kurang dua minggu. Ringkas cerita, 26 Mei bertolak ke KLIA, kemudian berlepas ke Abu Dhabi. Transit 1 mlm di Abu Dhabi sebelum  terbang ke Istanbul. 3 malam di Istanbul, sempatlah melawat Masjid biru, Topkapi, Ayasofya, Muzium Perang,  masjid  Ayyub Al Ansari dan cuci mata di grand bazaar serta Taksim square. Yang menariknya juga kami dibawa menaiki feri menyusuri Selat Bosphorus yang memisahkan Turki benua Eropah dengan Turki benua Asia. Dari Istanbul, kami terbang ke Jeddah, seterusnya ke Madinah dan Makkah. 9 jun terbang ke Abu Dhabi dan 10 Jun kembali ke KL dan seterusnya ke bumi Kelantan. Sekarang masih pening-pening lalat.


Sempat berposing di tengah mlm buta di lobi hotel Radisson, Abu Dhabi

Di Abu Dhabi International Airport

Juga di Abu Dhabi International Airport


Sebelum minum pagi,di Reddison hotel, ternampak swimming pool berhampiran lobi hotel. Maka mestilah ada sesi bergambar-gambaran dahulu.


Berposing selepas makan tengahari di restoran atas jambatan yang merentangi Selat Bosphorus

Pemandangan dari atas feri

Serius cantik

Opsss baru ada pic bertiga




Cantiknya.....
 Setakat ini dulu catatan ringkas dari makcik.



8 comments:

Kakcik Seroja said...

SubhanAllah...

cantiknya gambar pemandangan. :)

Biarlah rahsia said...

seronoknya...nak ikut juga laa lain kali...

Rumah Kuning said...

kakcik,
kalau camera canggih, lagi cantik. hehehe

Biarlah rahsia,
memang seronok tapi Makkah laaagi seronok.

Nieda Ramly said...

seronoknya dpt pergi ke istanbul sekali.

Rumah Kuning said...

Alhamdulillah....syukur
Tkasih singgah rumah kuning.

Unknown said...

seronoknya melancong sambil beribadat

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
Alhamdulillah. melancong sikit je.hehehe

Irfa said...

alhamdulillah .. rezki utk lihat negara orang ;)