Lama tak singgah blog sendiri, apatah lagi nak komen blog kawan-kawan blogger. Nak kata sibuk, memang la sibuk, terutamanya bulan Mac yang lepas. Tapi itu bukan alasannya sebab kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hehehe. Semenjak dua menjak nih, fb pun makcik dah tak berapa layan. Whastapp je yang siang malam berkokok terutamanya group mak-mak anak-anak form 1, TKC. Ada je benda mak-mak update. Jadi, semua cerita dan aktiviti anak-anak dalam pengetahuan mak-mak di rumah. Jangan la anak-anak nak cakap markah sejarah belum dapat, markah BM belum dapat. Mak-mak dah siap-siap tahu apa yang dah dapat, apa yang belum. Kejap-kejap ada yang update, petang ni anak-anak kita ada latihan itu, latihan ini, esok OH dari jam 12 - 5. Atau saya dah ada dekat gate, kalau nampak sila tegur. Sangat meriah dan penuh informasi. Itu belum lagi dicampur dengan bermacam-macam group lain yng asyik berkokok. Agaknya sebab leka dengan whatsapp-whatsapp itulah makcik dah seakan melupakan blog yang sebenarnya makcik sayang ini.
Awal-awal tahun ni, aktiviti koko semestinya sangat la rancak. Kelas tambahan pun sudah bermula. Hari ni (Sabtu) ada in house training di villa daniella. Sabtu lepas mesyuarat agong PIBG. Esok bermula jam 2 ptg ada rundingcara dgn ibubapa dan majlis anugerah cemerlang SPM. Minggu ni juga, 2 hari dah sah-sah makcik kena balik lambat sikit sebab ada kelas tambahan. Takpe, tarik nafas, lepassss. Senyum.
Kita beralih pula kepada cerita GST. Petang tadi, makcik beli 2 kotak makanan tambahan. Sebelum sampai rumah penjual, dia dah whatsapp, kak, !@##$$% kena GST. Makcik tak balas pun sebab dah nak sampai rumah penjual. Sampai sana, ambik barang, ambil bil, takde pun tulis GST. Tapi, harga biasa yang makcik beli sebelum-sebelum ni RM397. Hari ni dah jadi RM421. Dengan 24 hinggit lebih dari biasa. tu dah boleh dapat 4, 5 pinggan nasi. Betul tak? Tanpa membuang masa, makcik terus berkira-kira. Berapa agaknya makcik kena bayar GST dalam sebulan? Uwaaaaa.... terus takde mood nak menulis.
Assalamualaikum.