Zaman kanak-kanak dulu, buah ini sama sedapnya dengan strawberi atau mungkin lebih sedap. Sekarang ni, usahkan buah hutan begini, durian dan rambutan pun budak-budak sanggup tukar dengan makanan segera yang langsung tiada khasiat. Berbalik kepada buah ini, rasanya kalau setakat melihat pic di atas, tiada siapa yang kenal. Pokoknya menjalar, buahnya hijau dan berubah kuning bila masak.
Tak nak cerita panjang-panjang, Ini dia............ Tak sebut nama sebab namanya langsung tak sedap didengar.
Sape kenal buah teppe, buah larak dan buah nerra?
12 comments:
buah ulat bulu(isi/butir sikit), kalu nak rasa hok lebih padat isi dan jauh lebih besar buahnya trylah buah markisa (Indonesia banyak), org putih panggil Pasion fruit? ko ttukat .
musafir,
mesti peminat buah ni masa kecik dulu. ulat bulu...hehe
ni le buah yg aku suka makan waktu kecik2 dulu. hari tu aku demo makan buah ni kt bdk2 sekolah aku. memasing kehairanan dn terbeliak biji mata.
"boleh makan ke cikgu?"
"tak mabuk ke?"
haih.. le bdk2 sekarang..
cikgu jawe,
budak2 sekarang langsung tak kenal benda2 gini. diorang kenal burger je...hehe
Ermm... saya orang kampung, tapi kenapa buah ni saya rasa asing ye?
rasa macam pernah nampak, tapi tak ingat pernah makan ke tak. Mungkin pernah masa kecik dulu, tapi dah lupa nama dan rasanya. Mungkin juga kampung saya tak begitu ada buah ni, jadi saya mudah lupa.
Ada jual ke?
suara,
mungkin tempat anda takde buah ni.setahu saya, memang
takde jual di kedai.
combi tahu buah ni tp tak ingat nama dia..isi dia mcm markisa kan.. :)
kuaters kita dulu dekat dgn kebun getah n ade sungai dlm kebun tu.pokok ni menjalar kat tepi2 sungai..mmg sedap isi dia masam manis :D
Combi,
ya betul 100%. Rasanya pucuk dia boleh dibuat sayur, tapi tak pernah cuba.
buah letup2
sedap tau..kecik2 dulu jilat abis
buak2 skrg tak penah kenal
bkn salah dia org...
kujie,
diorang tak penah jumpa pun benda2 gini. bukan mcm kita dulu, tiap ptg main kat tepi2 semak, tepi bendang. semua benda boleh jumpa.
Sekarang ni, bila anak2 main dlm rumput sikit pun kita larang, bimbang ulat le,gatal le...padahal kita dulu bukan setakat dlm rumput, dlm selut bendang pun boleh main.
Buah larak.. lama tak dengar ore sebut nama buah ni. Nak nengok buah ni pun memang jare ada. Jadi santapan zaman kanak2 ni. Masa tu buah ni 'blana lagi bergayutan di belake rumah. La ni.....
wow...istilah klasik...blana / blana kokna.Takpe lah takdak pun sbb la ni ore tak mkn.
Post a Comment