Wednesday, May 30, 2007

Children Forget Words, But follow footsteps

If a child lives with criticism, he learns to condemn.
If a child lives with hostility, he learns to fight.
If a child lives with ridicule, he learns to be shy.
If a child learns to feel shame, he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance, he learns to be patient.
If a child lives with encouragement, he learns confidence.
If a child lives with praise, he learns to appreciate.
If a child lives with fairness, he learns justice.
If a child lives with security, he learns to have faith.
If a child lives with approval, he learns to like himself.
If a child lives with acceptance and frienship,he learns to find love in the world.

Friday, May 25, 2007

Imagine

Imagine yourself after you pass away
Imagine your grave through night and through day
Wishing that you did not do as they say
Wishing that you had got up and had prayed.

Imagine, my friends, the day that you died
Imagine all of the tears that they cried
Remember how it felt when your body was tied
Remember how it felt in the grave which you lied.

Imagine the day you'll be called to account
Imagine the sum to which your life will amount
Think for a moment of the deeds which you mount
Think for a moment how much they will count.

What will they say of you when you are dead?
What will they say, what will be said?
Will they speak of all the poor who you fed?
Will they remember all the Qu'ran that you read?

Think not of them, but of Allah, Lord of mankind and jinn
Think of Allah when tempted to sin
Think of the paradise which you will dwell in
Don't wait till later to think what might have been.

Kerana Kau Perempuan

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

3 Jenis Manusia

Apabila diajukan soalan, mereka menjawab :

Soalan 1 : Adakah anda solat 5 waktu?
X : Sudah tentu solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat jugak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikut mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah

Soalan 2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan?
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Of coz la puasa malu la kat orang kalau tak puasa.. tak puasa tak boleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. puasa buat ape??

Soalan 3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung?
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham nanti..

Soalan 4 : Apakah aurat bagi lelaki?
X: Diantara pusat & lutut. Budak darjah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot… ntah tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan 5 : Apa pendapat anda ttg wanita berpakaian seksi & fit?
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so terpaksa pinjam baju adik..
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik.. ala bkn nya luak pun
kan..

Soalan 6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak?
X : Haram batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Alaa setakat salam tu takpe lah
Z : Open la sikit.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat ringan2 ok per…

Soalan 7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg anda buat?
X : Insya Allah akan forward kat teman2. sekurang2nya ada jugak usaha dalam berdakwah.
Y : Baca pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!! Bkn dpt pahala pun..
Siapa anda? X, Y atau Z.

Thursday, May 24, 2007

JASA BONDA

Kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yng sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yg diwarisi
pesan ibu terpahat di hati
beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Wednesday, May 23, 2007

Friday, May 18, 2007

Selamat Hari Guru

16 Mei 2007 - Sejak pagi 'dina' lagi bertubi-tubi aku menerima SMS. Semuanya mengucapkan Selamat Hari Guru. Terimakasih kerana mengingati. Mudah-mudahan kita semua bukan hanya selamat pada hari guru, tetapi selamat dunia dan akhirat. Dikesempatan ini, aku juga ingin merakamkan Selamat Hari Guru untuk bekas guru-guruku terutamanya semasa aku belajar di SK. Tawang ( 1975 - 1980 ), SMU (A) Amir Indera Putera ( 1981 - 1987 ). Terimakasih kerana ilmu yang dicurahkan dan semoga mendapat balasan yang setimpal daripada Allah swt.

Satu keburukan menutup seribu kebaikan

Kenapa ya? Bila seseorang melakukan satu keburukan, maka keburukan itulah yang diingati dan lebih memburukkan lagi, ianya dijaja ke serata alam walaupun mungkin ianya dilakukan tanpa sengaja atau tersalah semata-mata. Padahal telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh individu tersebut sebelum atau selepas kesalahan tersebut.Ya, kenapa kesalahan tersebut yang disebut-sebut... bukannya kebaikan yang banyak itu?
Dimana perginya sifat pemaaf masyarakat Melayu Islam kita? Bukankah Nabi Muhammad saw pun mengampunkan ummat. Allah swt juga maha pengampun dan penyayang!!
Banyakkan beristighfar dan janganlah perbesar-besarkan dan perbanyak-banyakkan perkara yang kecil dan sedikit kerana kita pun serba kekurangan dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan... Astaghfirullah

Happy Mother's Day

Ibu yang banyak berkorban untukku.
Happy Mother's Day. I love you so much.

Selamat Hari Ibu

Kad dan bunga yang dihadiahkan oleh anakanda tersayang, Ain sempena Hari Ibu 2007.
Thank you

Kenapa Panji?

Sebabnya... telah hampir setahun aku berkhidmat di SMK. Panji, Kota Bharu. Walau dimana, tugas guru adalah sama. Sedarlah anak-anak didikku, tanpa iman dan ilmu, siapalah diri kita....

Ingat dua perkara, lupa dua perkara

Saya pernah terbaca satu petikan yang meminta para pembaca supaya mengingati dua perkara dan melupakan dua perkara. Dua perkara yang mesti diingat :
1. Kebaikan orang terhadap diri kita.
( supaya kita juga melakukan kebaikan terhadap orang lain )

2. Kesalahan kita terhadap orang lain.
( supaya kita meminta maaf dan tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut )

Dua perkara yang mesti kita ingat ialah :
1. Kebaikan kita terhadap orang lain.
( Mendidik kita supaya ikhlas dan tidak mengharapkan balasan )

2. Kesalahan orang terhadap diri kita.
( Mendidik kita menjadi seorang yang pemaaf dan tidak berdendam )

SMK. Dato' Ahmad Maher Dalam Kenangan




Mengajar di sekolah ini dari 2002 - 2006. Yang seronoknya mengajar di sini sebab pelajarnya terpilih. Jadi tidak susah untuk mengajar murid-murid yang memang dah dipilih. Dengan kata lain, mengajar bukan aktiviti yang meletihkan di sekolah ini. Terimakasih semua, di atas tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang saya bertugas di SMKDAM.

Selamat Pengantin Baru

Hari bahagia my cousin, Halimah.

Welcome to Pasir Salak

Masa bujang ni... Bersama kawan-kawan meronda Pasir Salak. Dari kiri : Norizan, Kak Ah,
Kak Rubiah, ambo dan paling kanan Asna.

Di tepian pantai Pulau Pangkor

Indahnya ciptaan Tuhan

Bersama murid-murid SMK. Layang-layang Kiri menikmati udara segar semasa mengadakan perkhemahan di sekitar SMK. Pangkor. Tak ingat tahun bila... Turut bersama di belakang tu, penceramah terkenal kita Al Fadhil Ustaz Ismail Ashari, Cikgu Bazlan dan Cikgu Nasir.

Ingat....

Jaga budi bahasa
Jaga tutur kata
Manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang
Jangan sekali sombong diri
Apatah lagi iri hati

Tahukah Anda?

Ada empat perkara yang dipandang baik, tetapi empat lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu daripada lelaki adalah baik, tetapi daripada perempuan adalah lebih
baik.
2. Keadilan daripada setiap orang adalah baik, tetapi daripada pemimpin adalah lebih
baik.
3. Taubat daripada orang tua adalah baik, tetapi daripada orang muda adalah lebih
baik.
4. Sifat dermawan daripada orang kaya adalah baik, tetapi daripada orang miskin
adalah lebih baik.

Antara Guru-Guru Perak Nombor 1

Tempat jatuh lagi dikenang.... 1994 - 2002 bukan jangka masa yang singkat. Masih terbayang saat-saat pahit, manis kita bersama. Lagi satu, keme rindu masak tempoyak ikan sungee....

Wajah Wajah Kesayangan Hamba





Syukur kehadrat Illahi kerana kurniaanNya yang tidak ternilai ini. Semoga kebahagiaan ini akan kekal ke akhir hayat. Rabbana Aatina fiddunya hasanah wa fil aakhirati hasanah. Waqina azabannar. Sayang sayang sayang!!

Warga SMK. Layang-Layang Kiri



SMK. Layang-layang Kiri, Parit, Perak. Sekolah pertama aku berkhidmat sebagai pendidik. Yang duduk paling kanan tu, saye le... Lama jugak ngajar kat Layang. Dari bujang sampai kahwin. ( 1994 - 2002 ). Yang bestnye ngajar di sini, kawan-kawan rapat semacam.. Apa khabar Kak Sal, Kak Rubiah, Kak Ah, Kak Paie, Kak Ros, Norizan, Asna, Cikgu Razak, Cikgu Azman, Cikgu Khusyairi, Cikgu Syed Azlan dan lai-lain. Walau apa pun, nak balik KB jugakkkk

Bakal Cikgu

Masa buat Diploma Pendidikan kat Universiti Malaya. Masihkah kau ingat... bestnye masa ni. Assalamualaikum Cikgu.

Hari Yang Amat Membahagiakan

Alhamdulillah... dah belajar- belajar, dari sekolah atap sampai sekolah batu, dapatlah juga aku genggam segulung ijazah. Kiranya hari ni merupakan antara hari yang amat bahagia dalam hidup ini. Terimakasih mak, ayah, abang-abang, kakak-kakak ipar, sanak saudara, guru-guru, kawan-kawan dan semua yang membantu dan memberi sokongan sehingga berjayanya aku menggenggam segulung ijazah. Semoga budi baik anda semua mendapat balasan yang setimpal daripada Allah swt.

SK. Tawang - Dalam Kenangan



Darjah 6 di SK. Tawang, Bachok, Kelantan. Cikgu paling kiri tu Cikgu Zain, yang tengah Cikgu Gan dan yang paling kanan Cikgu Eyuddin. Terimakasih di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Buat kawan-kawan semua, dimanakah anda sekarang? Mungkin dah jadi orang besar atau pegawai tinggi. Walau apa pun, semoga kalian sentiasa berbahagia dan di dalam kerahmatanNya.

Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal 1428 - Selawat dan salam buatmu ya Rasulullah, insan mulia kekasih Allah. Segenap ceruk rantau umat Islam meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alangkah indahnya hidup ini andainya kita bukan sahaja mengingati dan merayakan hari atau bulan kalahiran baginda, tapi kita ikuti sunnahnya. Ya, sunnah kehidupan baginda tanpa memilih mana-mana yang berkenan sahaja. Apa kata kita contohi kebaikan dan kasih sayang baginda terhadap ahli keluarga, keprihatinan dan budi baik baginda terhadap anggota masyarakat, keadilan dan tanggungjawab baginda terhadap rakyat seluruhnya. Indahnya akhlak baginda.... Betapa kecilnya diri ini tatkala membaca kisah-kisah baginda. Antaranya kisah baginda dengan perempuan tua yang buta matanya berbangsa Yahudi. Juga kisah baginda menikmati limau masam yang dihadiahkan seorang perempuan kafir yang bertujuan untuk mengenakannya. Alangkah mulianya hati baginda yang sudah tentu amat berbeza dengan kita.

Menulis Tidak Semudah Bercakap

Adalah amat sukar untuk aku menyusun perkataan, menjadi bait-bait ayat di ruangan ini. Mungkin kerana telah terlalu lama aku tinggalkan aktiviti ini yang satu ketika dulu amat aku gemari. Pun begitu, InsyaAllah akan ku teruskan jua aktiviti yang satu ini. Mudah-mudahan akan ada kebaikan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang mungkin "termasuk" ke blog ini.

Nothing to do

If I'm a bird
I will fly away from here
Travelling around the world