Kenapa ya? Bila seseorang melakukan satu keburukan, maka keburukan itulah yang diingati dan lebih memburukkan lagi, ianya dijaja ke serata alam walaupun mungkin ianya dilakukan tanpa sengaja atau tersalah semata-mata. Padahal telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh individu tersebut sebelum atau selepas kesalahan tersebut.Ya, kenapa kesalahan tersebut yang disebut-sebut... bukannya kebaikan yang banyak itu?
Dimana perginya sifat pemaaf masyarakat Melayu Islam kita? Bukankah Nabi Muhammad saw pun mengampunkan ummat. Allah swt juga maha pengampun dan penyayang!!
Banyakkan beristighfar dan janganlah perbesar-besarkan dan perbanyak-banyakkan perkara yang kecil dan sedikit kerana kita pun serba kekurangan dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan... Astaghfirullah
No comments:
Post a Comment