Saturday, October 27, 2007

Letihnya....


Jangan kata apa-apa......Aku nak rehat, tidur. Atau lebih bagus lagi kalau dapat masuk dalam kereta, tidur dan sedar-sedar je dah sampai depan hotel atau resort kat tepi pantai ke, air terjun ke. Bestnye...

Thursday, October 25, 2007

Mood Raya Belum Berakhir


Kad dari jauh yang baru kami terima petang tadi . Terimakasih daun keladi.
Siap dengan duit raya lagi...

Wednesday, October 24, 2007

Jangan Lupa

Walau dimana kita berada
Sentiasalah setting niat
Upgrade iman
Download sabar
Upload usaha
Delete dosa
Update doa
Dan top-up ilmu
Supaya dapat redeem pahala
sebanyak-banyaknya....

Saturday, October 20, 2007

Ujae Tak Celik Mata


Teringat masa kecil-kecil dulu. Tempat beginilah yang menjadi pilihan dan tumpuan kami untuk mandi manda setiap kali hujan turun. Setiap rumah pasti ada "seloran" ( saluran ? ) yang ala-ala air terjun ini. Selagi tidak menggigil dan biru bibir, kami tidak akan berhenti dari meneruskan aktiviti yang sememngnya amat menyeronokkan ini. Tapi sekarang, kenapa kita tidak membenarkan anak-anak kita mandi hujan? Sebab...usahkan mandi hujan, terkena air hujan sikit pun dah selsema/ demam. Kenapa dulu kita tak demam walau pun berjam-jam berpesta air hujan?? Ops, di luar hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Macam nak banjir je....Teringat putu halba....

Hujan
Sudirman Hj. Arshad
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Friday, October 19, 2007

Plan B

Cerita malam tadi....... pagi esok aku sekeluarga ( macam ramai je ) nak pergi breakfast di tepi pantai yang terdekat dengan rumahku. Aku nak masak apa yang patut untuk dibawa ke sana.


Awal pagi tadi........ aku telah siapkan makanan dan minuman seperti yang dirancang. Masalahnya, hujan yang turun ( aku tak sedar bila masa turun hujan ) tidak berhenti-henti. Jadi, aku membatalkan rancangan tersebut dan ......... kami makan bekalan tersebut di sini








Di beranda rumahhh, dengan ditemani

Dan ini

Sunday, October 14, 2007

SMS Raya



Tak cukup ahli ^

Antara sanak saudara yang berkunjung pada pagi raya.
( maaf, kualiti gambar tidak memuaskan )
Sempena Aidil fitri kali ini aku hanya menerima satu kad raya. Semua sanak saudara dan kawan-kawan hanya menghantar ucapan raya melalui SMS dan aku juga membalasnya dengan SMS saja. Antara puluhan SMS yang diterima, inilah antara SMS yang mencuit hati. Sebenarnya tahun lepas pun aku telah menerima SMS sebegini.
*** Sir lump mud hurry rare year ideal fit three moo lee year, ma half za hair bar ten two loose dairy hearty young eek class... Sorry I borrow bar lake dairy London***. .
Nampaknya hidangan dan kuih raya sengaja aku tidak masukkan dalam entry ini kerana menjaga hati anak-anak buahku yang jauh di perantauan. Hehe

Saturday, October 13, 2007

Sehari sebelum Aidilfitri 1428

Sehari sebelum Aidil fitri, suamiku ke rumah kawannya di Pasir Mas. Semasa dalam perjalanan ke sana,dari jauh kelihatan sekatan jalanraya oleh Polis Diraja Malaysia. Maka seperti biasa, ramailah pengguna jalanraya yang berpatah balik atau melencong ke jalan lain. Suamiku meneruskan perjalanan seperti biasa dan bila sampai ke tempat sekatan tersebut, dengan senyuman manis seorang polis mengucapkan Selamat Hariraya dan menghadiahkan beg kertas ini yang mengandungi kad raya dan biskut arab. Terima kasih...Terima kasih. Rugi je sapa yang lari........







Tuesday, October 9, 2007

Selamat Hari Raya Aidil fitri

Teristimewa untuk :

Hafzan di German, Faiz di UK, Nor Naziha di USA dan Azhan di Sarawak. Salam rindu dari kami di kampung dan semoga kalian bergembira di hari lebaran nanti.

Friday, October 5, 2007

Beleh butir mata


Nampaknya aku terpaksa beraya dengan skrip jawapan
yang menimbun ini. Bila masa nak tanda ni?
Buka sekolah selepas cuti raya nanti, mesti siap.
Boleh ke?? Aku nak beraya..........

Resipi Bubur Lambuk

Hari ini my hubby terima sms dari kawannya yang meminta resipi bubur lambuk dari cikgu panji. Sebenarnya saya tak tahu sukatan sebenarnya sebab masa masak bubur lambak ni saya main campak je. So, "cekera" sendirilah deh...

Bahan-bahan nya:
1. Sedikit beras ( kalau sejemput tu sikit sangat, segenggam le )
2. Rempah kari daging ( banyaknye hingga kuah menjadi merah)
3. Santan ( sikit je )
4. Meehon
5. Lada hitam
6. Cili api
7. Bawang merah **
8. Bawang besar **
9. Bawang putih
10. Pucuk "nidding". Bahasa surat gappo ya?
11. Rebung ( rebus dan toskan )
12. Ikan ( direbus dan buang tulang )
13. Garam
** Lagi banyak lagi sedap.

Cara-cara :

Masukkan air (untuk kuah) ke dalam periuk bersama beras dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan rempah kari hingga kuah menjadi merah. Lepas tu masukkan ikan dan pucuk nidding serta rebung yang telah direbus. Bila sayur tersebut telah layu, masukkan pula meehon yang telah direndam terlebih dahulu. Kemudian masukkan garam dan last sekali masukkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih yang telah digoreng hingga wangi.
Hidangkan bersama :
1. Lada hitam yang telah di "blend"
2. Air lada ( Cili api yang di "blend")
3. Limau nipis
4. Kicap

Peringatan : - Pucuk nidding mesti lebih banyak daripada meehon.
- Pastikan berkuah dan tidak pekat.

Merdeka


Sekejap lagi student PMR akan merdeka.
Ajik pun merdeka!!
Semoga yang tersenarai dalam result PMR
akhir tahun nanti
tidak lain dan tidak bukan
melainkan A kesemuanya. Ajik boleh!!!!

Tuesday, October 2, 2007

Menu Orang Kelantan

Orang Kelantan mesti tahu menu ni. Bahan-bahan utamanya adalah ikan mentah yang dicampur dengan ulam-ulaman segar. Walaupun dibuat dari ikan mentah, tetapi jika tidak diberitahu, orang yang memakannya mesti tidak perasan bahawa ia sebenarnya ikan mentah. Rasanya memang sedap..... Satu mangkuk ini pasti licin bila masuk waktu berbuka nanti.


Ini satu lagi resipi orang Kelantan, ketupat sotong.
Rajin pulak aku masak hari ni. Perasan...



Yang ni susah nak dapat, tapi memasaknya senang.Rebus atau bakar je.Pasti terangkat.........