Saturday, October 13, 2007

Sehari sebelum Aidilfitri 1428

Sehari sebelum Aidil fitri, suamiku ke rumah kawannya di Pasir Mas. Semasa dalam perjalanan ke sana,dari jauh kelihatan sekatan jalanraya oleh Polis Diraja Malaysia. Maka seperti biasa, ramailah pengguna jalanraya yang berpatah balik atau melencong ke jalan lain. Suamiku meneruskan perjalanan seperti biasa dan bila sampai ke tempat sekatan tersebut, dengan senyuman manis seorang polis mengucapkan Selamat Hariraya dan menghadiahkan beg kertas ini yang mengandungi kad raya dan biskut arab. Terima kasih...Terima kasih. Rugi je sapa yang lari........







No comments: