Friday, October 5, 2007

Resipi Bubur Lambuk

Hari ini my hubby terima sms dari kawannya yang meminta resipi bubur lambuk dari cikgu panji. Sebenarnya saya tak tahu sukatan sebenarnya sebab masa masak bubur lambak ni saya main campak je. So, "cekera" sendirilah deh...

Bahan-bahan nya:
1. Sedikit beras ( kalau sejemput tu sikit sangat, segenggam le )
2. Rempah kari daging ( banyaknye hingga kuah menjadi merah)
3. Santan ( sikit je )
4. Meehon
5. Lada hitam
6. Cili api
7. Bawang merah **
8. Bawang besar **
9. Bawang putih
10. Pucuk "nidding". Bahasa surat gappo ya?
11. Rebung ( rebus dan toskan )
12. Ikan ( direbus dan buang tulang )
13. Garam
** Lagi banyak lagi sedap.

Cara-cara :

Masukkan air (untuk kuah) ke dalam periuk bersama beras dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan rempah kari hingga kuah menjadi merah. Lepas tu masukkan ikan dan pucuk nidding serta rebung yang telah direbus. Bila sayur tersebut telah layu, masukkan pula meehon yang telah direndam terlebih dahulu. Kemudian masukkan garam dan last sekali masukkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih yang telah digoreng hingga wangi.
Hidangkan bersama :
1. Lada hitam yang telah di "blend"
2. Air lada ( Cili api yang di "blend")
3. Limau nipis
4. Kicap

Peringatan : - Pucuk nidding mesti lebih banyak daripada meehon.
- Pastikan berkuah dan tidak pekat.

2 comments:

hafzan said...

Pucuk Nidding?? lucunya bila dieja. Kalau saya nak buat, bahan2yg tersenarai buleh saya cari belako kecuali "pucuk Nidding".
Lamanyaaa tak makan bubur lambuk dusun duriannnn!!!!

zawahil-nor said...

Letak le Je sayur gappo pun.Sedap jugak....