Jumaat dua minggu lepas, aku membuat n3 "Luar Jangkaan?". Jumaat kelmarin sebaik saja sampai dari Duta Village Kuantan, aku dikejutkan dengan berita anak sepupuku yang baru 6 hari melalui zaman sekolah menengah telah lemas semasa mandi di Pantai Irama, Bachok. Besarnya ujian Allah kerana adik bongsu berusia 13 tahun ini baru kehilangan abang sulung lebih kurang setahun yang lepas. Kami sanak saudara telah berkampung di Pantai Irama sehinggalah mayat Allahyaryam ditemui pada jam 4.00 pagi tadi.
Al Fatihah untuk Allahyarham Aminrul b. Yusoff.
3 comments:
al fatihah buat arwah...
Al fatihah... tempatmu di syurga.
Tahziah utk keluarga, semoga tabah dan redha.
alfatihah...
Post a Comment